Monday, May 11, 2020

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini cheesekut sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ni.

Kenapa Mini Cheesekut? Sebab diisi dalam bekas kecik² bagi mudah makan dan tak membazir. Sebelum ni pernah buat guna resepi yang sama tapi masukkan dalam bekas empat segi besar.

Mini Cheesekut
  Ramai pulak bertanyakan resepinya. Macam biasa resepi cedok dekat youtube. Mana jadi kita simpan sini untuk rujukan diri sendiri.

Bahan-Bahan :-
1. 250gm Tartura Cheese
2. 1/2 tin susu pekat
3. 2 sudu besar susu cair (freshmilk atau susu tin)
4. Biskut Lemak Hup Seng
5. Susu cair untuk celup biskut
6. Nestum (tak letak pun ok)

Cara-Cara :-
1. Campurkan Bahan 1-3 di dalam bekas. Gaul pakai senduk bagi sebati. Kalau nak pekat kurangkan susu cair tapi kalau suka tekstur cair tambah susu cair.

2. Ambil bekas yang nak diisi. 

3. Celup biskut dalam susu sebelum disusun ke dalam bekas untuk layer pertama. 

4. Kemudian ambilkan campuran cheese tadi dan lapiskan bahagian atas biskut. Ratakan bagi semua bahagian kena cheese tu.

5. Dah rata taburkan Nestum ke atas lapisan cheese tu. Kalau takde Nestum, hancurkan biskut Hup Seng tu dan taburkan atas lapisan cheese tu.

6. Ulang langkah 3 sehingga bekas penuh. 

7. Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan cheese yang ditabur Nestum atau serbuk biskut.

8. Siap
8 bekas mini cheesekut leleh
Cheesekut yang dibuat dalam bekas besar


Nampak sikit je kan bila isi dalam bekas kecik² tu tapi sebenarnya lapisan cheese setiap satu tu banyak. Terpulanglah kalau nak kuantiti banyak kurangkan cheese di setiap lapisan.

Selamat Mencuba

2 comments:

  1. sedapnya da, feveret aku ngan anak-anak. kalau cheese ada, semua pun berebut nak makan juga ;)

    ReplyDelete
  2. Boleh dpt berapa bekas ni awak

    ReplyDelete

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...