Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, May 11, 2020

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini cheesekut sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ni.

Kenapa Mini Cheesekut? Sebab diisi dalam bekas kecik² bagi mudah makan dan tak membazir. Sebelum ni pernah buat guna resepi yang sama tapi masukkan dalam bekas empat segi besar.

Mini Cheesekut
  Ramai pulak bertanyakan resepinya. Macam biasa resepi cedok dekat youtube. Mana jadi kita simpan sini untuk rujukan diri sendiri.

Bahan-Bahan :-
1. 250gm Tartura Cheese
2. 1/2 tin susu pekat
3. 2 sudu besar susu cair (freshmilk atau susu tin)
4. Biskut Lemak Hup Seng
5. Susu cair untuk celup biskut
6. Nestum (tak letak pun ok)

Cara-Cara :-
1. Campurkan Bahan 1-3 di dalam bekas. Gaul pakai senduk bagi sebati. Kalau nak pekat kurangkan susu cair tapi kalau suka tekstur cair tambah susu cair.

2. Ambil bekas yang nak diisi. 

3. Celup biskut dalam susu sebelum disusun ke dalam bekas untuk layer pertama. 

4. Kemudian ambilkan campuran cheese tadi dan lapiskan bahagian atas biskut. Ratakan bagi semua bahagian kena cheese tu.

5. Dah rata taburkan Nestum ke atas lapisan cheese tu. Kalau takde Nestum, hancurkan biskut Hup Seng tu dan taburkan atas lapisan cheese tu.

6. Ulang langkah 3 sehingga bekas penuh. 

7. Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan cheese yang ditabur Nestum atau serbuk biskut.

8. Siap
8 bekas mini cheesekut leleh
Cheesekut yang dibuat dalam bekas besar


Nampak sikit je kan bila isi dalam bekas kecik² tu tapi sebenarnya lapisan cheese setiap satu tu banyak. Terpulanglah kalau nak kuantiti banyak kurangkan cheese di setiap lapisan.

Selamat Mencuba

Thursday, June 20, 2019

Resepi : Spageti Bolognese

Aku bukanlah tukang masak jauh sekali pandai bab-bab memasak ni. Kebetulan berkawan dengan sorang Chef, dah alang-alang berkawan kita korek ilmu dia. Resepi ni dah kali kedua buat memang sangat puas hati sebab tak guna pun perencah dalam tin atau botol tu kecuali tomato puree.

Homemade Spageti Bolognese

Saya nak kongsikan bahan yang digunakan disamping untuk memudahkan saya refer balik kalau terlupa resepi tu.
Antara bahan-bahan utama

Bahan-Bahan (untuk 4 peket spageti lebih kurang 40-50 orang makan)

1. 2kg daging kisar/daging burger
2. 2 tin tomato puree (size tin susu)
3. Sedikit mixed herbs
4. 10 bji bwng besar (diblend)
5. 5 batang carrot (diblend dan tapis air)
6. Cendawan tiram - 2 peket
7. 3 Batang Daun sup
8. Daun Bay (kalau ada letak, kalau takda tak perlu letak)
9. 2 sudu bsr lada hitam biji tumbuk halus
10. 10 ulas bwng putih cincang (diblend)
11. Gula
12. Garam
13. Satu botol ketchup cap heinz atau 5 biji tomato diblend

Cara-cara :-
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging kisar (macam sangai je daging kisar tu). Bila dah agak-agak daging dah masak keluarkan dari kuali letak tepi. Dari pengalaman, kalau pakai daging burger air yang keluar takdelah banyak sangat tapi kalau pakai daging kisar, air agak banyak jadi air tu tapis dan letak tepi dulu. Nanti boleh gunakan balik.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dah diblend. Saya blend semua supaya senang anak-anak nak makan. Tak perlu nak memilih bawang. Semua diorang akan makan kalau dah hancur.

3. Masukkan carrot yang dah diblend dalam kuali dan kacau. Kemudian masukkan tomato puree dan sedikit mixed herbs. Tin tomato puree yang dah kosong tu masukkan sikit air tapisan carrot dan goncang untuk elakkan pembaziran. Kacau sehingga pecah minyak.

4. Bila dah pecah minyak masukkan batang daun sup yang dicincang kecil, daging kisar. Sekiranya guna tomato, masukkan tomato sekali dan kacau lagi.

5. Masukkan cendawan tiram yang dah dipotong halus-halus. Bila dah letak cendawan ni, kuah akan jadi pekat sikit. Untuk pertama kali buat saya letak cendawan, kali kedua tak letak sebab masak tuk jamuan anak-anak kat sekolah. Biasa budak-budak ni letak tepi cendawan ni.

6. Lepas tu masukkan gula dan garam secukup rasa dan kalau perlu tambah sedikit mixed herbs bergantung kepada tekak masing-masing. Last sekali masukkan lada hitam. Kalau guna Ketchup Cap Heinz tu, masukkan last sekali.

7. Siap untuk dimakan.

** cara-cara masak spageti boleh rujuk pada plastik pembungkus. Tak perlu nak kongsi sangat cara-caranya.

Daging burger yang dimasak dengan sedikit minyak

Tumis bawang putih & bawang besar

Carrot yang dah diblend dan tapis airnya

Masukkan carrot dan sedikit Mixed Herbs

Tomato yang diblend

Masukkan tomato puree

Batang Daun Bawang diracik halus

Cendawan Tiram yang diracik halus juga

Sos spageti dah ready. Yang ni ada cendawan

Peminat tegar spageti

Terima kasih pada Chef Robi yang telah berkongsi resepi ni. Lepas ni confirm tak perlu beli kat luar dah. Dah pandai masak sendiri dah. Bahan-bahan pun mudah dapat je.

Saturday, May 19, 2018

Iftar 2018 : Day 1 & 2

Alhamdulillah dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Sebelum-sebelum ni tak pernah sharekan apa menu atau juadah berbuka puasa kami. Tahun ni terasa nak kongsikan pulak juadah iftar kami sekeluarga setiap hari.

Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada rujukan pengambilan makanan setiap hari. Kalau boleh nak beralih kepada makanan yang lebih berkhasiat dan kurangkan makanan berminyak.

Kebiasaannya setiap kali berbuka puasa kami akan masak sendiri bagi menjamin kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Untuk tahun ni juga aku menyumbangkan satu menu setiap hari atau dengan kata lain aku akan cuba masak satu menu berkhasiat untuk keluarga.

Day 1
Menu Iftar hari pertama :
1. Nasi putih
2. Daging masak kicap dengan kentang*
3. Sayur campur
4. Ikan goreng sambal
5. Ulam Raja goreng tepung
6. Air teh O panas

Day 2

Menu Iftar hari kedua :-
1. Nasi putih
2. Ayam Golek panggang*
3.  Sup tulang
4. Ikan tamban goreng sambal
5. Telur goreng berapi
6. Teh O panas

Buat setakat ni memang takde membeli di PARAM. Kuih muih pun tak beli sebab bila dah makan nasi tu rasanya macam dah cukup kenyang. Cuma lepas terawikh anak-anak akan menjamu Moreh yang disediakan disurau atau masjid.

Tapi.. 

Hari ni macam terpaksa berbuka di masjid je sebab petang ni aku ada pertandingan memanah di Saujana Utama dan suami sebagai salah seorang AJK pertandingan.

Seronok juga nak berbuka puasa kat masjid ni. Pengalaman baru untuk anak-anak. Nantikan update sepanjang bulan Ramadhan nanti ye.


Wednesday, May 16, 2018

Tanam Sendiri : Keropok Bayam Brazil

Alhamdulillah rezeki Allah beri. Beli sepasu pokok Bayam Brazil sekarang dah ada 3 pasu pokok. Mudah sangat membiaknya. Pokok pun gemuk-gemuk. Cuma daunnya comel-comel.

Sempat juga nak buat goreng tepung memandangkan ala-ala keropok sayur yang lain. Yang biasa cuba ialah keropok sawi tapi kali ni saja nak cuba menjadi ke tak nak buat keropok Bayam Brazil.

 
Bayam Brazil segar


Tapi kena pastikan lepas petik kena basuh bersih-bersih sebabnya daunnya kecik-kecik, jadi kadang-kadang berpasir. Nak mudah rendam dulu dengan air.
Bayam yang dah digaul dengan telur dan tepung
Lepas dah cuci bersih, celurkan dalam telur kemudian gaulkan dalam #tepung magik pastu terus masukkan dalam kuali. Tak payah lama sangat. Asal tepung dah garing dah boleh angkat.

Dan hasilnya.... memang terbaik !!!!

Keropok Bayam Brazil








Next projek nak buat keropok Ulam Raja sebabnya kat rumah ada banyak pokok Ulam Raja. Aku memang tak reti nak makan ulam macam tu je. Tapi kalau jadi keropok macam ni memang boleh laju je makan.

Thursday, October 9, 2014

Begedil Daging Korban

Masa Hari Raya Haji kedua patutnya kami nak merendang sekali lagi tapi kali ni merendang daging. Tapi memandangkan semua kedai dah bercuti, maka tak jadi nak merendang sebabnya kelapa takde kedai semua tak buka. Seronok suami aku sebab terlepas dari kena berpanas masak rendang. Kami memang kalau Hari Raya merendang dan melemang menggunakan kayu. Tak nak masak guna dapur gas, tak sedap katanya.... Sebenarnya sehari sebelum raya kami merendang dan melemang tapi memandangkan aku bekerja setengah hari dan balik je kepala dah sakit jadi memang takdelah menolong langsung. Gambar pun takdelah kan.. sebab takde di tempat kejadian.. tapi masa lemang tengah dimasak aku adalah temankan suami aku jaga api.

Berbalik kepada cerita bergedil ni, aku memang peminat begedil. Kalau tiba masa aku rajin memang aku akan buat. Cuma agak leceh nak buatnya. Bahan-bahan yang dipakai senang je sebab semua bahan memang dah sedia ada dalam rumah. Kebetulan banyak daging korban jadi tentu lagi sedap jadinya.


Memandangkan buat ni sekali sekala, jadi kenalah search juga resepi kat internet dan aku gunakan bahan apa yang ada.. tak ikut pun semua bahan-bahan yang dinyatakan. Ok aku share bahan-bahan yang aku gunakan :-

Bahan-Bahan 
1. Daging yang siap dicincang (kalau malas beli je daging cincang)
2. Kentang
3. Lada Hitam
4. Daun Sup
5. Minyak Masak
6. Lada sulah (tapi aku pakai rempah perap)
7. Telur 
8. Bawang
9. Garam

Cara-cara
1. Goreng kentang dan tumbuk hingga hancur
2. Dengan minyak sikit masukkan bawang dan daging (biar sampai agak-agak masak) sebab takut daging tak masak nanti. Keluarkan dan tapis minyak
3. Gaul semua bahan kecuali telur dan bentukkan ikut bentuk yang disukai
4. Celup dengan telur yang telah dikacau dan goreng.
5. Siap untuk dimakan..


Selamat mencuba.



Wednesday, December 25, 2013

Donut Mudah


Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...