Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, March 25, 2019

Double Birthday Celebration untuk Nenek dan Ummi

Bulan Feb dan Mac sangat sibuk sampai tak sempat nak celebrate birthday. Sempat wish dan beli kek je. Biasa kalau birthday sesiapa kami akan buat makan-makan atau pergi makan spesel sikit kat luar. Kali ni gabung sekali birthday aku dan juga birthday mak aku. Patutnya nak sambut 23hb Mac tapi kebetulan anak-anak ada kem di masjid jadi terpaksa postpone buat lepas habis kem iaitu 24hb Mac. Lambat sehari dari birthday aku.

Kali ni kami pilih untuk makan kat luar je. Destinasi pilihan adalah makan seafood memandangkan mak aku ni kalau makan benda yang pelik-pelik agak kurang gemar. Seafood juga menjadi pilihan.

Kami menuju ke Jeram terjah Restoran Aroma Ikan Bakar. Memang selalu ke sini sebabkan suka dengan suasana tepi pantainya. Kali ni ada sedikit perubahan kat kedai ni sebab dulu ada pondok-pondok dekat tepi pantai tu. Jadi ada pilihan samada nak makan diatas kerusi atau hanya bersila. Rupanya pondok semua dah takde lepas kejadian ribut pada tahun 2018. Jadi semua kena duduk atas kerusi je.

Sebabkan cuaca panas, angin yang bertiup pun terasa bahangnya. Kebetulan air pun tengah surut masa kami datang.

Sementara menunggu, anak-anak dengar cerita dari ayahnya. Muka masing-masing tak boleh blah sebab semuanya baru bangun tidur. Perjalanan dari rumah ke sini mengambil masa lebih kurang sejam. Masing-masing enjin belum panas lagi.


Sotong goreng tepung

Ikan masak masam manis

Pepahat masak cili

Ketam masak cili

Sayur Kailan Ikan masin

Bila dah sampai semua menu, apalagi Bismillahirrahmanirrahim. Dah tak ingat nak berposing dah. Perut dah lapar. Pukul 2 lebih baru nak makan. Perut masing-masing dah berkeroncong dah tak ingat yang lain dah.

Lepas makan, anak-anak dah sibuk nak main kat tepi pantai. Takde siapa pun yang main kat tepi pantai tu memandangkan panas terik tapi anak-anak aku rileks je. Kebetulan dekat tepi pantai tu ada buaian, lagi seronok diorang ni main. Lagipun takde orang lain kacau.

Buaian macam ni biasa ada dekat Pantai Penarik di Terengganu. Bila dah ada kat sini, haruslah bergambar sebagai kenangan.


Buah hati 

Nak juga masuk dalam gambar
Nampak tak kat belakang tu laut sebenarnya. Air tengah surut. Sebelum ni datang tak pernahlah air surut sampai jauh macam ni. Walaupun air kering, pantai ni jenis selut. Agak bahaya kalau tak perhati anak-anak ni. Jadi aku teman anak-anak main sambil laki ngan mak aku tolong licinkan lauk yang tinggal.

Abang-abang jaga adik

Lone ranger

Memang jenis yang ikut kepala dia sendiri je. Tengah panas ni boleh pulak dia berbaring camni.



Buaian untuk disewa RM 5 satu

Menarik ada buaian macam ni. Dengan perut kenyang pastu kena tiup angin tepi pantai mau terlelap biji mata ni. Nasib tak landing dulu kat sini.

Bila dah settle solat kat sini, ingat nak terus balik. 

Tapi..........

Tunngu posting akan datang ye..

Wednesday, February 27, 2019

Worldless Wednesday : Mini Celebration Birthday Mak yang ke 72

Semalam 26hb Feb 2019 birthday mak yang ke 72. Sambut kecil-kecilan kami anak beranak je dulu sebab anak-anak tuisyen malam semalam.


Kek nenek 3/4 je sebab terlambat order. Tinggal itu je kek yang ada.


Potong kek dengan cucu-cucunya.


Nampak menarik je benda ni. Namanya Bomboloni inti Nutella. Rasa ok jugaklah tapi kena makan terus sebab next day jadi keras sikit.


Insyaallah lepas ni kita sambut meriah dan ramai-ramai sikit. Tengok bila semua orang free masa tu.

Moga mak diberikan kesihatan yang baik dan terus ceria dengan kerenah anak cucu yang ada depan mata ni.

Monday, May 7, 2018

Zulqarnain 11th Birthday Celebration

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk menyambut hari kelahiran anakanda sulung kami yang ke 11 tahun iaitu Muhammad Zulqarnain atau digelar abang di kalangan ahli keluarga.


Abanglah penyeri hidup Ummi dan Ayah selepas kami mendirikan rumah tangga. Dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia 32 minggu dan seberat 2.1 kg dan cukup sifatnya.

Jom potong kek

Diberikan rezeki untuk meraikan hari gembarianya dengan sahabat-sahabatnya dan juga sahabat-sahabat Ummi dan Ayah.

Ummi doakan abang menjadi anak yang soleh, disenangi rakan-rakan dan menjadi contoh kepada adik-adik. Yang penting solat jangan tinggal sebab itu tiang agama. Insyaallah bila kita jaga solat, insyaallah Allah jaga kita.

Sebak pulak bila lihat anak-anak dah makin membesar. Bila dah makin besar, masing-masing dah buat hal masing-masing. Tak macam masa kecik-kecik semua nak berkepit dengan Ummi je.

Budak kecik jealous bila Ummi pegang baby lain


Semoga penulisan Ummi nanti akan menjadi kenangan abang bila besar nanti.

Friday, October 31, 2014

6 tahun usianya


Alhamdulillah dah 6 tahun kami dipinjamkan dengan ahli syurga Muhammad Zul Iqbaal. Dilahirkan pada 26hb Oktober 2008 dan tahun ni genap usianya 6 tahun. Satu-satunya anak yang lahir di penghujung tahun dan asyik bertanya bila hari lahirnya. :)

Kali ni berkesempatan menyambut di Kelantan kerana kebetulan kami masih bercuti di kampung halaman suamiku. Dibuat sehari awal memandangkan di tarikh tersebut kami akan bertolak pulak ke rumah kembali. Sambil-sambil menggembirakan hati Tok Ma dan Tok Abah.


Hanya belikan sebiji kek yang simple memandangkan tak ramai yang ada dalam rumah dan diraikan bersama. Makanan lain takde sebabnya  baru lepas makan malam.

Hari ni ada pula sambutan beramai-ramai di Tadika. Teruja nak menyambut hari lahirnya bersama rakan-rakan di Tadika. Semoga Muhammad Zul Iqbaal menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat dan menjaga keluarga sebaik mungkin.

Amin...


Friday, August 22, 2014

Sambut Birthday : Sedih atau Gembira

Menjadi tanda tanya dengan tajuk entri kali ini. Sebabnya kebiasaannya kalau buat sambutan hari lahir mestilah dengan suasana dan perasaan yang sangat gembira. Nak dijadikan cerita semalam department aku buat majlis sambutan hari lahir untuk beberapa orang staff yang lahir pada bulan Julai dan Ogos. Biasanya kami buat  majlis setiap bulan tapi disebabkan bulan Puasa, kami buat majlis besar-besaran sikit. Makan kat Restoran.

Jadi kami semua naik 3 buah kereta dan aku naik kereta salah seorang yang menyambut hari lahir. Bila tanya bila tarikh lahirnya dia umpama mengelak dan memaklumkan bahawa tarikh lahirnya sama dengan tarikh kematian ibunya. Masa tu aku tak pula terfikir bahawa kemungkinan ibunya meninggal ketika melahirkannya. Tapi bila aku dapat tahu ibunya lahir ketika melahirkannya aku terus rasa sebak. Aku bayangkan bagaimana dia membesar tanpa dapat secubit pun kasih sayang dari ibunya.

Ya Allah besar benar dugaan yang diterima sejak kecil lagi. Aku cuba bayangkan sekiranya aku pula berada di tempat ibunya pula. Terfikir macamana pula dengan anak-anak nanti. Bolehkah suamiku membesar anak-anak tanpa bantuan dari aku. Maklumlah sekarang ni pun aku tengah mengandung jadi bile terdengar perkara macam ni, terus terfikirkan anak-anak sekiranya benda yang sama berlaku pada aku pula. Tapi mintak dijauhkan perkara sebegini dari berlaku kerana aku tahu bukan senang untuk mendidik anak-anak. Pasangan suami isteri sangat saling memerlukan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna.

Alamak terlebih emosi pulak aku ni. Jom layan gambar makan-makan kami tu ye..

Aku xde dalam gambar... jadi photoG

Licin sudah...




Wednesday, June 11, 2014

3 tahun usianya

Muhammad Zulfiqar nama diberi sempena nama pedang Rasulullah S.A.W. Hari ni genaplah usianya 3 tahun menjadi permata hati kepada Ummi dan Ayah termasuk juga penghibur kepada abang-abangnya. Sempena ulangtahun kelahirannya yang ketiga ini didoakan Muhammad Zulfiqar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Birthday boy tak pakai baju

Buat sambutan kecil-kecilan je tanda mengingati hari kelahirannya. Tahun ni semua sambutan hari lahir dibuat bersama adik beradik je. Memandangkan cuaca yang panas, jadi abaikan je gambar birthday boy yang tak berbaju tu. Jom layan gambar-gambar Zulfiqar sejak dilahirkan.


Usia 1 hari

Usia 3 bulan



1 tahun - belajar pegang makanan

1 tahun 2 bulan - model cilik Teknik Al Baghdadi

1 tahun 3 bulan - macam tepung gomak

Tengok tv sambil 'ratah' susu

1 tahun 10 bulan - future Superman

2 tahun 4 bulan - main pasir di Pantai Irama

Zulfiqar dan Fina (sepupu)

2 tahun 8 bulan - Model kek Boboi EMCC

Wednesday, May 7, 2014

Majlis Kecil-Kecilan

Sempena hari lahir Muhammad Zulqarnain, semalam kami buat sambutan kecil-kecilan jer. Patutnya nak buat malam semalam, tapi semua dah kepenatan jadi ditunda pagi ni. Lepas anak-anak dah bersiap nak ke sekolah, aku keluarkan kek untuk dipotong.
Anak-anak & Nenek

Aku beli kek kecil je sebabnya hanya kami sekeluarga je yang ada. Takut membazir pulak kalau beli besar-besar. Kebetulan suamiku pun outstation, memang takdelah aku nak beli kek besar-besar. Walaupun sambutan kecil-kecilan, yang penting anak-anak gembira. Birthday boy tak sentuh langsung kek tu. Adik-adik je yang excited terlebih makan kek pagi-pagi.

Potong sama-sama





Tuesday, May 6, 2014

Salam Ulangtahun ke 7 : Muhammad Zulqarnain

Tanggal 6 Mei 2007 di awal pagi, aku dah mula merasakan tanda-tanda untuk bersalin. Sakit yang berulang-ulang kali menyerang aku dan memang aku tak boleh tidur kerana kesakitan itu. Selepas bunyi laungan azan Subuh, aku pun bangun untuk melakukan Solat Subuh. Tetapi seperti ketupanku telah pecah kerana terdapat cecair keluar. Aku pun mengejutkan suamiku dan terus mandi terlebih dahulu sebelum mengajak suamiku terus ke hospital.

Tahun 2012
Ketika tu kandungan baru mencecah 8 bulan.Orang kata, kalau umur 7 bulan ok kalau melahirkan tapi tidak pada usia 8 bulan. Aku pun mana tahu benda-benda ni semua. Lagipun ini pengalaman pertama aku. Sampai di Hospital Sg Buloh, aku terus dimasukkan ke bilik bersalin. Memandangkan awal pagi suasana agak tenang dan tidak ada ramai sangat ibu-ibu yang ingin melahirkan. Tepat jam 8.30 pagi aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel tanpa disaksikan oleh suamiku (bukan tak nak tengok tapi pihak hospital tidak membenarkan).

Walaupun usia anakku tidak cukup bulan, alhamdulillah tiada sebarang masalah yang dihadapi olehnya dan juga aku. Anakku juga tidak perlu dimasukkan ke dalam inkubator walaupun beratnya ketika dilahirkan hanyalah 2.1kg. Kecik je saiznya dan itu menyebabkan mudahnya proses kelahirannya. 

Tahun 2013

Hari ini genaplah sudah usianya 7 tahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman dan dapat menjaga adik-adik dengan sebaik mungkin. Moga Allah lindungi anak-anakku ini sepertimana Allah lindungi orang-orang yang soleh.

P/s : Cari gambar masa dilahirkan tak  jumpa.. Nampaknya kena korek semua album dalam laptop nanti.. Sempena ulangtahun ke 7 Muhammad Zulqarnain, kami nak pergi bercuti ke Legoland hujung minggu ni.. Ada sesiapa boleh bagi tips nak dapatkan tiket legoland murah?



Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...