Monday, May 11, 2020

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini cheesekut sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ni.

Kenapa Mini Cheesekut? Sebab diisi dalam bekas kecik² bagi mudah makan dan tak membazir. Sebelum ni pernah buat guna resepi yang sama tapi masukkan dalam bekas empat segi besar.

Mini Cheesekut
  Ramai pulak bertanyakan resepinya. Macam biasa resepi cedok dekat youtube. Mana jadi kita simpan sini untuk rujukan diri sendiri.

Bahan-Bahan :-
1. 250gm Tartura Cheese
2. 1/2 tin susu pekat
3. 2 sudu besar susu cair (freshmilk atau susu tin)
4. Biskut Lemak Hup Seng
5. Susu cair untuk celup biskut
6. Nestum (tak letak pun ok)

Cara-Cara :-
1. Campurkan Bahan 1-3 di dalam bekas. Gaul pakai senduk bagi sebati. Kalau nak pekat kurangkan susu cair tapi kalau suka tekstur cair tambah susu cair.

2. Ambil bekas yang nak diisi. 

3. Celup biskut dalam susu sebelum disusun ke dalam bekas untuk layer pertama. 

4. Kemudian ambilkan campuran cheese tadi dan lapiskan bahagian atas biskut. Ratakan bagi semua bahagian kena cheese tu.

5. Dah rata taburkan Nestum ke atas lapisan cheese tu. Kalau takde Nestum, hancurkan biskut Hup Seng tu dan taburkan atas lapisan cheese tu.

6. Ulang langkah 3 sehingga bekas penuh. 

7. Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan cheese yang ditabur Nestum atau serbuk biskut.

8. Siap
8 bekas mini cheesekut leleh
Cheesekut yang dibuat dalam bekas besar


Nampak sikit je kan bila isi dalam bekas kecik² tu tapi sebenarnya lapisan cheese setiap satu tu banyak. Terpulanglah kalau nak kuantiti banyak kurangkan cheese di setiap lapisan.

Selamat Mencuba

Friday, May 1, 2020

Apam Nasi MCO

Pertama kali buat apam nasi. Dapat resepi pun dari member se'uni' juga. Cik Bada yang rajin bab masak memasak dan juga jahit menjahit.


Jomlah kita kongsikan bahan dan cara membuatnya supaya lepas ni kalau nak buat boleh korek balik dekat sini.

Bahan-Bahan & Cara-Cara :
1 cawan nasi sejuk
2 1/2 air suam
1 1/2 cawan gula

Blend sebati bahan-bahan ni dulu.


2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan

Kacau kesemua bahan diatas bersama-sma kemudian masukkan sedikit garam dan kacau sebati. Saya letakkan pewarna masa ni sebab resepi yanh diberi tak bagitau masa bila letak pewarna 😊

Kemudian selama sejam dalam bekas yang bertutup rapat. Saya perap dalam bekas pengukus bahagian bawah tu sebab biasa nampak mak buat apam perap guna bekas tu.

Dah perap, bolehlah masuk dalam acuan. Memandangkan tak jumpa acuannya saya pakai bekas buat dadih je. Tapi sebelum tu letakkan minyak dalam setiap bekas supaya tak melekat.


Ok Selamat Mencuba. Nak pergi masak menu berbuka pulak.

#catatan Ramadhan ke8


Wednesday, April 22, 2020

Kek Coklat Kukus dengan Topping version MCO

Saja nak share kat sini sebagai rujukan untuk masa akan datang bagi nak memastikan masa akan datang kalau teringin nak buat boleh korek balik dalam blog ni.

Share resepi yang berjaya je dalam blog ni. Yang kurang berjaya kita cuba lagi sampai berjaya.


Resepi dapat dari perkongsian member se'uni' iaitu Aju Mohit.

Bahan-Bahan A :-
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3 biji telur

Bahan-Bahan B :-
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Topping :-
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas

Cara-cara :-

✅ Bahan A di kisar guna blender hingga sebati
✅ Ayak bahan B dan campur dengan Bahan A yang telah dikisar
✅ Masukkan bahan dalam bekas dan kukus hingga masak

✅ Dah masak kek baru buat topping. Campurkan semua bahan topping kecuali air panas. Gaul hingga sebati.

✅ Masakkan bahan yg dah digaul tadi atas api. Kemudian masukkan air panas. Kacau hingga pekat.

✅ Dah pekat curah atas kek. Nak makan terus boleh nak masuk peti pun ok..

Selamat Mencuba


Sunday, April 12, 2020

Kek Marble

Sempena birthday Zulfiqri ke 5 tahun, gigih juga nak buat kek sendiri memandangkan sekarang tak boleh keluar disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) disebabkan Covid19.

Resepi macam biasa belek dalan youtube. Alhamdulillah menjadi dan gebu rasanya. Memandangkan jadi, kita simpan resepi tu untuk rujukan masa akan datang.




Bahan-Bahan :-
3 cawan tepung gandum
1 ButterCup 250gm
2 cawan gula (kurangkan kalau tak suka manis)
4 sudu makan susu pekat
6 biji telur
1 sudu baking powder
2 sudu esen vanila
pewarna makanan

Cara-Cara :
1. Pukul Bitter dan Gula
2. Masukkan telur, susu pekat dan esen vanila
3. Masukkan tepung dan baking powder dan gaul hingga sebati
4. Bahagikan adunan mengikut pilihan hati dan masukkan dalam loyang.
5. Boleh pilih samada nak bakar atau kukus. Saya biat dia versi dan pilihan ramai semestinya bakar.

Selamat Mencuba. Jom layan wajah ceria anak-anak sambit simple birthday dengan kek homemade. Ada buat versi cupcake. Memang feveret anak²


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...