Wednesday, February 11, 2015

Cuti-Cuti : Water Park Legoland

Kali kedua menjejakkan kaki ke Legoland. Percutian yang memang tak dirancang awal sebabnya ini dianjurkan oleh geng-geng office para suami dan sudah semestinya si isteri ikut jelah ke mana nak pergi.


Seawal pagi dah keluar rumah. Rancang pukul 4 pagi keluar rumah tapi terlajak tidur. Lepas solat Subuh baru bertolak ke Johor. Alhamdulillah pukul 11 pagi sampai ke destinasi yang dituju. Kali ni ambik keputusan hanya masuk Water Park memandangkan aku yang memang dah tak larat nak banyak berjalan. Anak-anak kalau dengar je nama Legoland memang excited sangat-sangat.

Ni harga tiket masuk ke Legoland. Tak sempat nak cari voucher murah sebab dah kata last minit punya percutian. Jadi walaupun mahal masuk jugaklah bagi memuaskan hati dan menggembirakan hati anak-anak.


Macam biasa hero aku dua orang tu dah pandai bawa diri. Masuk air dah memang tak ingat nak makan ke minum. Tinggallah Zulfiqar sorang main lego-lego besar ni. Sikap ramah dia menyebabkan dia ada ramai geng nak main sesama.


Ayah main dengan anak-anak

Puas main lego, naik gelongsor pulak. Selain dari keluarga aku, ada juga keluarga rakan sekerja suami aku. Tapi diorang sampai lambat, jadi dapat main gelongsor sama-sama sekali. Nampak memang seronok sangat diorang bermain gelongsor. Ada banyak jenis gelongsor, rugi kalau tak cuba semua tapi ada juga yang anak aku tak boleh main disebabkan ketinggiannya. Takpelah lain kali bila dah besar sikit boleh cuba naik pulak. Ni antara gelongsor yang diorang naik. 



Selain dari tu ada wave pool iaitu kolam yang ada ombak. Dulu masa mula-mula pergi rasanya takde pool ni dan dulu juga tak sempat nak main gelongsor sebab bekejar nak main dekat Theme Park. Kali ni hanya pergi Water Park, jadi habis semua tempat kami terjah. Puas hati sangat sebab dapat merasa semua tarikan yang ada kat situ. Waktu operasi sampai pukul 6 petang, jadi pukul 6 petang barulah kami beransur pulang.


Kami bukanlah terus balik KL tapi tinggal di rumah salah seorang rakan sekerja suami. Jimat duit hotel dan makan.. Hehhehe... Tidur pun awal sebab badan dah penat sebab dari pagi tak berehat. Yang penting memanfaatkan seharian dengan aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...