Friday, January 30, 2015

Sesi Tukar Hadiah

Sekarang office aku ni meriah sikit sebab dah ada aktiviti setiap bulan. Tema bulan ni adalah BULAT maknanya kena beli hadiah yang berbentuk bulat. Selain dari tu pakaian pun ada Tema warna iaitu hitam dan kuning.

Pagi-pagi nampak semua pakai mengikut tema nampak cantik pulak.. masing-masing berseri-seri memakai baju mengikut tema. Sesi makan-makan memang harus ada sebab itu memang perkara wajib yang perlu ada. Menu kali ini adalah nasi ayam dan ada yang sponsor 2 jenis lauk. Walaupun simple tapi semua happy dengan acara makan-makan ni.



Acara tukar hadiah ni, setiap orang kena beli hadiah bernilai RM 15 ke atas. Jadi masing-masing akan bertukar hadiah mengikut undian. Kali ini aku berikan jam dinding ala-ala English manakala aku dapat sehelai tudung. Bukanlah tudung tu berbentuk bulat tapi dibungkus menjadi bulat. Bagi aku takde masalah sebab kalau rasa hadiah tu tak sesuai untuk aku, ia akan jadi hadiah untuk orang lain pada masa akan datang.


Inilah penerima hadiah bertuah dari aku. Lupa pulak nak ambil gambar dengan orang yang empunya hadiah yang aku dapat.

Apa-apapun hidup nak kena happy. Makan apa yang boleh makan sebelum dah mula berpantang tak lama lagi.



3 comments:

  1. yang paling aku suka adalah bab makan sedapnya hehehe

    ReplyDelete
  2. mmg menarik n happening la.. part nk cari hadiah bulat2 lg..

    ReplyDelete
  3. mmg menarik n happening la.. part nk cari hadiah bulat2 lg..

    ReplyDelete

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...