Monday, April 30, 2018

Pertandingan Memanah Santai by Ikhwan Archery

Lama tak masuk pertandingan memanah dek kesibukan kerja. Hari ni berpeluang sertai Pertandingan Memanah Santai anjuran Ikhwan Archery sempena Karnival Perkahwinan Perdana 2018.



Pertama kali sampai ke sini. Memang feel dia berbeza sangat. Perasaan  teruja tengok booth-booth yang ada. Paling best adalah booth Penternakan dan Pertanian. Anak-anak diajar secara teori dan praktikal untuk menternak dan bercucuk tanam disamping diajar ilmu agama.

Mini reban

DIY Incubator guna peti ais terpakai
Berbalik pada citer pertandingan memanah, dibahagi kepada 2 kategori iaitu wanita dan lelaki. Kategori lelaki bertanding dalam Ikhwan Archery ( beraircond) manakala lelaki di kawasan letak kereta di sekita kawalan Global Ikhwan.

Peserta perempuan tak ramai hanya 10 orang sahaja. 4 orang penyertaan luar dan 6 adalah ahli Global Ikhwan.

4 orang peserta luar

Dengan Ikin
Apa-apapun memang santai aktiviti hari ni. Anak-anak pun seronok ada macam-macam aktiviti kat sini.

Saturday, April 28, 2018

Anak-anak dan Jersey

Pertama kali belikan jersey bola untuk anak-anak. Tapi bukanlah yang original. Beli kat Pasar Malam je pun RM 10 sepasang siap dengan seluar tapi seluar pendek je pun.

Tapi diorang punya happy memang lain macam. Aku memang tak sangka sangat anak-anak suka baju jersey. Kalau tau lama dah beli.

Dalam lift pergi The Store
 Sebenarnya semua ada jersey masing-masing tapi Fiqri punya dah kotor tu yang tukar baju lain.

Tetiba ada gambar orang bergaya dengan jersey

Nak jadikan citer lepas basuh baju, kering, lipat masuk dalam almari terus pakai balik. Memang seminggu dua minggu excited pakai jersey.

Itu jer nak share. Kenangan untuk anak-anak bila besar nanti.

Friday, April 27, 2018

Lamanya tak Pot Pet

Lama betul tak Pot Pet kat dalam blog ni. Singgah pun dah jarang-jarang. Sayang pulak banyak kenangan peribadi tak simpan kat sini.

Bukannya apa, ini jelah tempat untuk anak-anak bila dah besar nanti tengok apa saje kenangan bersama masa diorang kecik-kecik dulu.

Kali ni lebih banyak story yang di share memandangkan dah ada hobi baru iaitu MEMANAH.

Kenangan-kenangan membesarkan anak-anak dan juga suka duka menyertai pertandingan memanah.

Maklumlah blog ni ialah blog suka suki. Perkongsian pengalaman hidup. Mana yang baik boleh ikut, yang tak baik jadikan panduan.

Azam 2018 perbanyakkan lagi pot pet yang lebih bermanfaat.


Luv,

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...