Monday, April 30, 2018

Pertandingan Memanah Santai by Ikhwan Archery

Lama tak masuk pertandingan memanah dek kesibukan kerja. Hari ni berpeluang sertai Pertandingan Memanah Santai anjuran Ikhwan Archery sempena Karnival Perkahwinan Perdana 2018.



Pertama kali sampai ke sini. Memang feel dia berbeza sangat. Perasaan  teruja tengok booth-booth yang ada. Paling best adalah booth Penternakan dan Pertanian. Anak-anak diajar secara teori dan praktikal untuk menternak dan bercucuk tanam disamping diajar ilmu agama.

Mini reban

DIY Incubator guna peti ais terpakai
Berbalik pada citer pertandingan memanah, dibahagi kepada 2 kategori iaitu wanita dan lelaki. Kategori lelaki bertanding dalam Ikhwan Archery ( beraircond) manakala lelaki di kawasan letak kereta di sekita kawalan Global Ikhwan.

Peserta perempuan tak ramai hanya 10 orang sahaja. 4 orang penyertaan luar dan 6 adalah ahli Global Ikhwan.

4 orang peserta luar

Dengan Ikin
Apa-apapun memang santai aktiviti hari ni. Anak-anak pun seronok ada macam-macam aktiviti kat sini.

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...