Monday, March 25, 2019

Double Birthday Celebration untuk Nenek dan Ummi

Bulan Feb dan Mac sangat sibuk sampai tak sempat nak celebrate birthday. Sempat wish dan beli kek je. Biasa kalau birthday sesiapa kami akan buat makan-makan atau pergi makan spesel sikit kat luar. Kali ni gabung sekali birthday aku dan juga birthday mak aku. Patutnya nak sambut 23hb Mac tapi kebetulan anak-anak ada kem di masjid jadi terpaksa postpone buat lepas habis kem iaitu 24hb Mac. Lambat sehari dari birthday aku.

Kali ni kami pilih untuk makan kat luar je. Destinasi pilihan adalah makan seafood memandangkan mak aku ni kalau makan benda yang pelik-pelik agak kurang gemar. Seafood juga menjadi pilihan.

Kami menuju ke Jeram terjah Restoran Aroma Ikan Bakar. Memang selalu ke sini sebabkan suka dengan suasana tepi pantainya. Kali ni ada sedikit perubahan kat kedai ni sebab dulu ada pondok-pondok dekat tepi pantai tu. Jadi ada pilihan samada nak makan diatas kerusi atau hanya bersila. Rupanya pondok semua dah takde lepas kejadian ribut pada tahun 2018. Jadi semua kena duduk atas kerusi je.

Sebabkan cuaca panas, angin yang bertiup pun terasa bahangnya. Kebetulan air pun tengah surut masa kami datang.

Sementara menunggu, anak-anak dengar cerita dari ayahnya. Muka masing-masing tak boleh blah sebab semuanya baru bangun tidur. Perjalanan dari rumah ke sini mengambil masa lebih kurang sejam. Masing-masing enjin belum panas lagi.


Sotong goreng tepung

Ikan masak masam manis

Pepahat masak cili

Ketam masak cili

Sayur Kailan Ikan masin

Bila dah sampai semua menu, apalagi Bismillahirrahmanirrahim. Dah tak ingat nak berposing dah. Perut dah lapar. Pukul 2 lebih baru nak makan. Perut masing-masing dah berkeroncong dah tak ingat yang lain dah.

Lepas makan, anak-anak dah sibuk nak main kat tepi pantai. Takde siapa pun yang main kat tepi pantai tu memandangkan panas terik tapi anak-anak aku rileks je. Kebetulan dekat tepi pantai tu ada buaian, lagi seronok diorang ni main. Lagipun takde orang lain kacau.

Buaian macam ni biasa ada dekat Pantai Penarik di Terengganu. Bila dah ada kat sini, haruslah bergambar sebagai kenangan.


Buah hati 

Nak juga masuk dalam gambar
Nampak tak kat belakang tu laut sebenarnya. Air tengah surut. Sebelum ni datang tak pernahlah air surut sampai jauh macam ni. Walaupun air kering, pantai ni jenis selut. Agak bahaya kalau tak perhati anak-anak ni. Jadi aku teman anak-anak main sambil laki ngan mak aku tolong licinkan lauk yang tinggal.

Abang-abang jaga adik

Lone ranger

Memang jenis yang ikut kepala dia sendiri je. Tengah panas ni boleh pulak dia berbaring camni.



Buaian untuk disewa RM 5 satu

Menarik ada buaian macam ni. Dengan perut kenyang pastu kena tiup angin tepi pantai mau terlelap biji mata ni. Nasib tak landing dulu kat sini.

Bila dah settle solat kat sini, ingat nak terus balik. 

Tapi..........

Tunngu posting akan datang ye..

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...