Friday, July 29, 2016

Raya Sebulan

Hari Raya tanpa bergambar bukan Hari Raya namanya. Itu bagi akulah... sebab tak semua orang suka bergambar. Aku memang jenis suka bergambar sebagai tanda kenangan untuk anak cucu kami nanti.

Tahun ni giliran raya dengan keluarga aku tetapi kami tetap balik ke kampung suami pada hari raya kedua. Tahun ini masa malam Raya aku kena demam panas, jadi pagi raya memang takdelah dengar suara aku membebel pada anak-anak aku untuk bersiap-siap ke masjid. Tapi aku gagahkan juga diri untuk menyambut hari raya iaitu hari kemenangan umat Islam.

Berdua

Keluarga kami

Dah kata demam, tentulah nak ambil gambar pun tak bermaya pada hari pertama tu. Tapi masa balik ke kampung suami, dah tentulah aku ganti balik momen indah yang ketinggalan. Kami siap pergi outdoor photoshoot lagi. Nasib baik adik ipar jurugambar profesional. Bolehlah simpan kenangan gambar-gambar berkualiti kalau nak dibandingkan dengan gambar yang ambil sendiri.

Nak layan gambar photoshoot kita tunggu enti akan datang... Sebelum tu nak tunjuk sikit lokasi penggambaran kami..





Siapa boleh teka tempat ni memang hebat..

Monday, June 6, 2016

Ramadhan Kareem

Seperti biasa bulan Ramadhan hadir setahun sekali. Kalau boleh mahu buat ibadat sepanjang masa sebab alangkah ruginya sekiranya membuang masa dengan perkara-perkara kurang berfaedah. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil yang baru hendak belajar berpuasa sudah tentu pecah kepala nak memikirkan menu sahur dan berbuka mereka. Selain dari itu sibuk nak siapkan Jurnal Ramadhan untuk mereka agar anak-anak bersemangat untuk berpuasa.

Sebelum itu anak-anak perlu diterangkan berkenaan 5 Rukun Islam yang dijadikan pegangan dan panduan. 


Lepas dah terangkan pada anak-anak berkenaan kesemua Rukun Islam ini, mudah untuk menerangkan pasal keperluan Puasa di bulan Ramadhan. Tahun ni nak sediakan Jurnal mudah untuk anak-anak iaitu rekod puasa sebulan dan juga rekod solat setiap hari. Ni salah satu contoh yang aku jumpa dalam internet. Boleh guna satu carta ini untuk semua. Kalau rajin boleh je nak design sendiri untuk anak-anak.



Tak lupa juga amalan diri sendiri sepanjang bulan Ramadhan ni. Moga dapat menjadi yang terbaik dari sebelumnya. Untuk yang dewasa checklist ni boleh digunakan sebagai rujukan.


Insyaallah sama-sama kita kumpul pahala. Amin..


Tuesday, May 24, 2016

Cuti-Cuti Melaka

Sempena cuti Hari Buruh lepas berkesempatan bercuti dengan keluarga sebelah suami ke Melaka. Memang percutian yang tidak dirancang lebih awal. Kalau ikutkan aku setiap percutian kena ada perancangan awal terutama dari segi tempat yang nak dilawati dan juga tempat makan-makan yang best di sekitar kawasan percutian.

Posing sebelum bertolak
Bertolak pada hari Sabtu, keadaan jalan memang agak sesak memandangkan cuti hujung minggu yang agak panjang. Sebelum ni memang ada plan nak ke Nilai 3 untuk beli langsir rumah memandangkan saiz tingkap yang dah berubah. Untuk pengetahuan langsir yang ditempah di Nilai 3 boleh siap dalam masa 1 jam dengan harga yang berpatutan. Jadi, dalam perjalanan ke Melaka kami singgah ke Nilai 3 untuk melengkapkan segala hajat membeli semua benda yang kami nak. Apa yang aku beli di Nilai 3 nanti aku update dalam entri akan datang je..

Sampai Melaka dah hampir waktu Maghrib, jadi sampai hotel terus tak keluar dah sebab makanan dah beli siap-siap sebelum sampai hotel. Badan pun dah keletihan, jadi sambung aktiviti esok hari jelah..

Kalau dah cuti panjang macam ni jangan harap dapat parking dekat dengan destinasi yang nak dituju. Setelah beberapa kali pusing mencari parking kami buat keputusan untuk parking di dalam bangunan Dataran Pahlawan dan berjalan kaki ke tempat Cruise. Agak jauh perjalanannya dengan anak-anak tapi seronok sebab dapat lihat gelagat para pelancong dan juga keindahan pemandangan negeri Melaka. Macam biasa sepanjang perjalanan sibuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.




Walaupun agak jauh berjalan, akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Iaitu Melaka River Cruise. Harga tiket untuk dewasa RM 15.90 manakala untuk kanak-kanak RM 5.30 seorang. Jadi total untuk kami sekeluarga RM 47.70. Setiap tiket dewasa akan dapat sebotol air mineral dan sepeket chocolate cookies. Bagus juga sebab boleh makan sepanjang perjalanan.

Tiket Melaka River Cruise

Sewaktu menunggu bot sampai
Kami

Apa yang aku tak berapa gemar adalah bau air yang sangat kurang menyenangkan. Setiap kali terkena percikan air mesti rasa nak menjerit sebab umpama kena simbah dengan air longkang. Apa-apa pun anak-anak enjoy naik cruise ni walaupun sebenarnya dah pernah naik.

Destinasi seterusnya adalah menaiki menara Taming Sari. Dari Melaka River Cruise ke Menara Taming Sari kami anak-beranak naik beca. Suami aku dan adik ipar aku jalan kaki jer. Kalau nak ikutkan dekat je kalau berjalan kaki tapi disebabkan anak-anak aku dah sibuk sangat nak naik beca, jadi ikutkan jugaklah kehendak anak-anak. Lagipun bukan selalu pun.. Tapi bagi aku agak mahal caj yang dikenakan oleh pembawa beca tu. RM 15 satu beca tapi tak pusing semua tempat. Serik pun ada rasanya nak naik beca ni sebab rasa tak berbaloi. 

Kami dan beca Minion
 Memandangkan kami sekeluarga dah pernah naik dan bilangan pengunjung yang terlalu ramai dan kena beratur panjang, aku dan suami buat keputusan kami hanya menunggu kat bawah sementara mertua dan adik-adik iparku naik. Anak-anak sempat main permainan ni di dataran Menara Taming Sari tu. Lebih kurang macam kereta langgar. 


Lepas selesai aktiviti di bandar Melaka, kami bergerak ke Pantai Klebang untuk menikmati Coconut Shake yang sangat famous tu. Tapi macam biasa orang memang sangat ramai. Kami hanya singgah di kawasan pantai yang baru ditambak dan dijadikan kawasan rekreassi yang sangat selesa. Di situ ada juga gerai Coconut Shake Original, jadi kami hanya tapau dan minum dalam kereta sahaja. Kebetulan di tepi pantai tu ada aktiviti Go-Kart yang menjadi aktiviti kegemaran aku sekeluarga. Memandangkan hanya Zulqarnain yang badan besar, dia je yang boleh naik sendiri. Iqbaal dan Fiqar kena berganti-ganti naik dengan aku. Ayahnya pulak tolong jaga Fiqri. Bayaran untuk satu Go-Kart RM 15 untuk sebuah sebanyak 7 kali pusingan.





Selesai aktiviti di Pantai Klebang, kami balik hotel dan lepak sampai ke malam. Anak-anak pun dah kepenatan selepas seharian beraktiviti. Esoknya balik dan singgah di Nilai 3. Tunggu next entry shopping di Nilai 3 pulak.... 



Monday, February 29, 2016

Family Day 2016

Seronoknya bila dapat bersama-sama dengan ahli keluarga pergi bercuti. Kali ni kami dapat bersama ahli keluarga bercuti di Cherating, Pahang. Sebelum ni dah pernah buat sekali, itupun dah lebih 10 tahun berlalu. Masa tu masing-masing masih bujang dan kecik-kecik lagi. Family Day kali ini untuk semua ahli keluarga sebelah mak aku. Adik beradik mak ada 7 orang, sorang dah meninggal, dua masih bujang dan 4 dah ada anak dan cucu masing-masing. Hanya keluarga Mak Lang je tak dapat pergi di atas factor yang tak dapat dielakkan.

 
 
Memori indah haruslah di simpan agar dapat dijadikan kenangan masa akan datang. Bagi aku kat blog adalah tempat terbaik untuk dipahatkan kenangan indah dalam hidup. Program kami berlangsung selama 3 hari 2 malam. Diadakan pada cuti Tahun Baru Cina (6-8 Feb 2016). Seawal pagi kami dah bertolak ke Cherating memandangkan kebiasaannya akan berlakunya keadaan kesesakan lalulintas menjelang musim perayaan ni.
 
Keluarga aku dan kakak bertolak seawal pagi dalam jam 4.45 pagi. Itupun dah sesak semasa nak memasuki tol Gombak. Tapi selepas tol keadaan tak sesak. Ini berpunca dari jumlah Plaza Tol yang dibuka pada waktu itu sikit berbanding bilangan bilangan kereta yang banyak. Berhenti solat di Masjid di sekitar Bentong yang aku tak pasti namanya.

 
 
Selepas solat kami teruskan perjalanan dan berhenti makan di R&R Temerloh dalam 8.30 pagi untuk sarapan pagi. Kami dah siap bawa bekal dari rumah nasi lemak dan juga karipap. Tiada masalah untuk kami dari segi makanan. Umpama berkelah beramai-ramai di R&R gitu.. Sekali sekala seronok juga sebab bukan selalu ada peluang begitu.
 
Selesai sarapan, kami teruskan perjalanan dan sampai di hotel lebih kurang jam 11.30 pagi. Sepatutnya check in pukul 2 petang tapi dapat check in awal. Alhamdulillah dapat terus lepak-lepak di hotel sambil menunggu ahli keluarga lain yang masih tersangkit dalam kesesakan.
 
Kali ni kami ambil 4 apartment. Satu apartment 3 bilik dan 3 apartment 2 bilik. Kiranya satu tingkat tu memang kami yang punya. Sebab setiap blok dalam setiap tingkat ada 5 apartment je. Jadi hanya satu apartment je orang lain duduk. Kami memilih Sanctuary Resort Apartment untuk percutian kali ni. Rupa-rupanya sekarang keadaan laut bergelora, masa kami datang angin sangat kuat sampai rasa macam boleh terbangkan kami. Ingatkan itu keadaan normal rupanya tidak kerana rupa-rupanya ini adalah musim Monsun Timur Laut. Dah lupa masa belajar dulu pasal monsun-monsun ni. Nasib baik suami aku ingatkan balik.

 
Aktiviti petang hanya buat aktiviti sendiri je.. Aku dan kakak aku keluar untuk order nasi untuk malam ni sebab malam ni kami masak BBQ. Menu BBQ adalah kepak ayam, sosej, kambing. Semua dah siap marinate. Mudahkan kerja kami. Mujur ada kedai makan berhampiran yang boleh masakkan nasi goring untuk kami malam tu. Nasi goreng Cina RM 90 untuk 30 orang makan.

 
Acara BBQ disusuli dengan acara Cabutan Bertuah. Acara ni sebenarnya ditaja oleh Ucu (makcik paling bongsu) sebanyak 5 hadiah dan 3 hadiah dari Acik (makcik kedua akhir bongsu). Jumlah cabutan bertuah ada 8 disebabkan ada 8 keluarga yang sertai family day kali ni.
 
Berakhirlah sudah aktiviti hari pertama. Nantikan update untuk hari kedua dan ketiga...
 
 

Wednesday, January 27, 2016

Homemade Playdough

Berkesempatan buat playdough dengan anak-anak semalam. Bangun pagi terus request nak buat playdough. Memandangkan semua dah siap pagi-pagi, jadi aku layankan aje permintaan diorang. Yang bestnya homemade playdough ni hanya gunakan 4 bahan jer...

Bahan-bahan :-
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam halus
1/2 cawan air
beberapa titis pewarna makanan



Cara-caranya :-
1. Gaulkan semua bahan kecuali pewarna makanan. Pastikan bahan tidak melekat ditangan. Sekiranya melekat boleh tambah sedikit tepung gandum.

2. Lepas dough dah jadi macam ni, asingkan kepada beberapa bahagian. Macam aku ada dua pewarna jadi dough tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian sahaja. Dah bahagikan, baru titiskan pewarna makanan ke atas dough pertama. Uli sehingga warna sebati dan tiada warna putih kelihatan.

3. Ulang langkah yang sama untuk bahagian yang lagi satu.

4. Siap dan boleh terus main. Kalau nak tahan lebih lama boleh simpan dalam peti sejuk selepas main.

Tuesday, January 26, 2016

2016 Anak-anak menjadi keutamaan

Macam biasa setiap kali datangnya tahun baru pasti ada azam baru. Walaupun azam tahun lepas masih belum dicapai, azam tahun baru tetap juga akan ada. Begitu juga untuk aku...

Tahun ni memang nak fokus kepada anak-anak memandangkan mereka makin membesar dan perlukan lebih perhatian dan sokongan.


Selain dari tu tahun ni target nak menunaikan umrah bersama suami. Tapi suamiku cakap nak bawa anak-anak sekali. Insyaallah akan diusahakan apa yang kami mampu.

Selain dari tu nak target sekurang-kurangnya ada 2 rumah baru untuk tujuan pelaburan. Satu atas nama aku dan satu atas nama suami aku. Tujuannya adalah untuk persediaan aku yang ingin meninggalkan dunia pekerjaan secepat mungkin.

Orang kata kalau nak sesuatu kena tulis. Jadi aku tulis dekat sini supaya aku boleh nampak apa yang aku ingin capai dan bila aku dapat capai impian aku. Semoga aku lebih rajin untuk mengupdate blog kecil aku ni.


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...