Friday, January 31, 2014

Nasi Arab Mandy

Bukan senang nak dapat rasa masakan tengahari dari air tangan aku ni. Walaupun dah berkahwin hampir 8 tahun tapi sangat jarang aku dapat masak untuk makanan tengahari. Ini bukan kerana aku tak pandai masak (tapi tu salah satu sebablah). Tapi kerana mak aku yang selalunya yang akan memasakkan untuk kami.

Aku hanya dapat beraksi di dapur di waktu pagi ketika menyediakan sarapan pagi sahaja. Makan tengahari dan makan malam memang sepenuhnya oleh mak aku.

Memandangkan hari cuti Tahun Baru Cina, aku mengambil peluang untuk masak suatu yang special untuk kami sekeluarga iaitu Nasi Arab Mandy. Sebenarnya semua bahan-bahan dah ada cuma ada sedikit rempah yang masih tiada sebab kami memang tak menggunakan rempah-rempah sebegini dalam masakan.

Setelah bertungkus lumus sorang-sorang di dapur, akhirnya siap juga Nasi Mandy. Kiranya percubaan pertama yang boleh dikira berjaya.



Mengikut resepi sepatutnya menggunakan ayam tapi disebabkan stok ayam tiada, jadi aku menggunakan daging yang dah ada dalam peti sejuk je. Memang sangat puas hati dan insyaallah boleh buat lagi sekali memandangkan stok beras Yaman masih ada lagi.

Bagi yang nak cuba buat boleh cuba resepi ni. Bagiku yang jarang memasak ni sangat mudah cuma perlu banyak bahan-bahan yang perlu disediakan.

Penyediaan Stok Ayam/Daging untuk nasi

Bahan-bahan :-
1. 1 ekor ayam/daging
2. 1 set renpah kasar **
3. 2 ulas bawang putih (diketuk)
4. 1 inci halia (diketuk)
5. 1 biji buah pala (diketuk) aku tak letak sebab tak beli
6. 1 sudu kecil rempah Mandy
7. 2 sudu kecil garam
8. 1/4 sudu kecil serbuk saffron

Cara-cara :-
Campurkan semua bahan dan rebus sehingga ayam/daging masak

** Rempah kasar
1. 5 biji buah pelaga
2. 4 kuntum bunga cengkih
3. 2 kuntum bunga lawang
4. 10 biji lada hitam
5. 1 sudu kecil jintan putih
6. 1 batang kulit kayu manis
7. 2 helai daun bay/salam

Penyediaan Nasi

Bahan-bahan :-
1. 3 cawan beras YAMAN (basuh, rendam 20 minit dan toskan)
2. 3 cawan stok ayam
3. 2 sudu minyak sapi/mentega/jagung aku pakai margerin je
4. 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
5. 1 set rempah kasar
6. 1 sudu kecil rempah Mandy
7. 1 biji tomato (dipotong dadu)

Cara-cara :-
1. Tumis bahan 3,4 &5 hingga kuning
2. Masukkan tomato. Masak hingga layu
3. Masukkan beras & goreng hingga air kering atu beras berkilat. Masukkan stok ayam dan ratakan beras
4. Letak sebiji limau kering atau 1/4 lemon di tengah beras
5. Tutup periuk. Lepas 20 minit buat lubang di tengah untuk pastikan air kering
6. Bila air kering taburkan sedikit serbuk saffron dan letakkan arang berasap ditengah lubang. Tutup seketika. Ni pun aku tak buat
7. Selepas 15 minit boleh hidangkan.

Nilah hasilnya

Untuk penyediaan ayam panggang, salatah dan saalad boleh check kat sini sebab tak larat nak menaip resepi penuh.. Selamat mencuba


Tuesday, December 31, 2013

Azam Tahun 2014

Alhamdulillah tahun 2013 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2014 akan tiba. Sudahkah kita tetapkan target atau matlamat untuk tahun mendatang.

Usah dikenang apa yang berlaku di tahun 2013. Mana yang baik jadikan iktibar dan cuba perbaiki di tahun baru.

Cuma nak kongsi beberapa azam untuk diriku dan keluarga tercinta.


Tahun 2013 berat badan aku naik bagai di pam-pam. Tahun 2014 harap dapat menurunkan berat badan sekurang-kurangnya dapat berat 65kg selewat-lewatnya 30 Jun 2013.

Moga tercapai impianku itu.

Friday, December 27, 2013

Subsidi Tambang Bas Sekolah?

Hari tu aku ada post pasal bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor bagi mengurangkan beban ibubapa sempena pembukaan sekolah. Rupa-rupanya tak betul. Adalah tu yang men'dajal'. Tapi takpelah kalau ada aku ambik kalau takde duduk diam-diam sudah.

Hari ni nampak ada member post dekat FB pasal Subsidi Bas Sekolah untuk anak pengundi di Selangor. Rasanya yang ini betul sebab ada sekolah dah berikan taklimat berkenaan dengan subsidi.

Ada juga artikel di dalam Selangor Kini berkenaan subsidi ini. Tapi bila baca artikel ni macam hanya untuk anak pekerja ladang jer. Apa-apapun kena rujuk dengan pihak sekolah pasal subsidi ni. Jangan pulak terlalu mengharap ye.



Keperluan Sekolah Anak

Alhamdulillah tahun pertama anak bersekolah. Sebagai ibu bapa perasaan risau macam aku pula yang nak masuk sekolah tahun depan. Yang penting persiapan untuk kelengkapan anak-anak yang bersekolah dapat dibuat seawal mungkin.

Baju-baju sekolah, kasut, stokin sekolah dah siap dibeli. Tapi untuk baju sekolah agama kena potong sikit bahagian kaki dan tangan. Memandangkan aku ni bukanlah pakar jahit, jadi aku serahkan saja pada yang pakar. Itupun belum berkesempatan untuk menghantar tapi dah dimaklumkan kepada tukang jahit. Insyaallah petang ni aku bawa anak aku dan baju yang hendak dipotong tu. Harap-harap tak terlewat :)-

Bakal sekolah anakku yang pertama
Buku sekolah pun aku dah beli di Kedai Buku Sekolah. Nanti takdelah kelam kabut nak membeli semasa hari pertama sekolah. Aku suka tengok cara diorang uruskan kedai buku ini. Kemas dan teratur jer susunan buku-buku. Buku-buku tu dah siap diasingkan untuk setiap tahun. Menjimatkan masa sekiranya ramai ibubapa yang datang membeli sekaligus.

Kedai Buku Sekolah yang teratur
Senarai buku untuk setiap umur/darjah pun disediakan di situ. Memandangkan anakku akan masuk darjah 1 maka buku-buku yang perlu dibeli mestilah untuk darjah 1. Ibubapa diberi pilihan untuk tidak membeli buku kerja tu. Aku belikan siap-siap buku kerja sebab risau pulak kalau nak suruh anakku beli sendiri nanti. Jumlah harga buku pun boleh tahan juga.
Senarai buku yang perlu dibeli
Selesai pembelian buku sekolah anakku, singgah pula di sekolah agama bagi memastikan nama anakku ada di dalam senarai pelajar dan pada sesi yang betul. Tahun ni sesi pagi anakku akan bersekolah agama di waktu pagi dan bersekolah kebangsaan di waktu petang.


Yuran sekolah Agama
Selesai periksa apa yang perlu di sekolah agama, sempat juga tengok harga untuk yuran yang perlu dibayar ketika hari pertama persekolahan. Ingatkan dapat bayar awal tapi tidak dibenarkan. Tunggu jelah semasa hari pertama persekolahan nanti.

Ada beberapa item yang masih belum dibelikan. Harap-harap hujung minggu ni dapat dibeli apa yang diperlukan. Moga info ini berguna kepada ibubapa yang bersekolah di sekolah yang sama.



Thursday, December 26, 2013

Kadar kenaikan harga tol bagi tahun 2014

Pagi-pagi terbaca jumlah kadar kenaikan harga tol bagi tahun 2014 amat mengejutkan. Jadi sekarang samada kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan jumlah pendapatan.



Mungkin aku kena pilih tingkatkan jumlah pendapatan kot.. Semoga tahun 2014 menjadi tahun dimana aku berjaya memperolehi pendapatan dari perniagaan dengan lebih banyak lagi. Amin....


Wednesday, December 25, 2013

Donut Mudah


Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

10 Perkara Isteri Suka Suami Buat


Suka dengan senarai-senarai yang ada ni. Saya suka kesemua 10 senarai yang diberikan. Kalau kesemuanya dilakukan suami tentunya si isteri gembira.. Keluarga pun kekal bahagia..

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...