Friday, December 27, 2013

Keperluan Sekolah Anak

Alhamdulillah tahun pertama anak bersekolah. Sebagai ibu bapa perasaan risau macam aku pula yang nak masuk sekolah tahun depan. Yang penting persiapan untuk kelengkapan anak-anak yang bersekolah dapat dibuat seawal mungkin.

Baju-baju sekolah, kasut, stokin sekolah dah siap dibeli. Tapi untuk baju sekolah agama kena potong sikit bahagian kaki dan tangan. Memandangkan aku ni bukanlah pakar jahit, jadi aku serahkan saja pada yang pakar. Itupun belum berkesempatan untuk menghantar tapi dah dimaklumkan kepada tukang jahit. Insyaallah petang ni aku bawa anak aku dan baju yang hendak dipotong tu. Harap-harap tak terlewat :)-

Bakal sekolah anakku yang pertama
Buku sekolah pun aku dah beli di Kedai Buku Sekolah. Nanti takdelah kelam kabut nak membeli semasa hari pertama sekolah. Aku suka tengok cara diorang uruskan kedai buku ini. Kemas dan teratur jer susunan buku-buku. Buku-buku tu dah siap diasingkan untuk setiap tahun. Menjimatkan masa sekiranya ramai ibubapa yang datang membeli sekaligus.

Kedai Buku Sekolah yang teratur
Senarai buku untuk setiap umur/darjah pun disediakan di situ. Memandangkan anakku akan masuk darjah 1 maka buku-buku yang perlu dibeli mestilah untuk darjah 1. Ibubapa diberi pilihan untuk tidak membeli buku kerja tu. Aku belikan siap-siap buku kerja sebab risau pulak kalau nak suruh anakku beli sendiri nanti. Jumlah harga buku pun boleh tahan juga.
Senarai buku yang perlu dibeli
Selesai pembelian buku sekolah anakku, singgah pula di sekolah agama bagi memastikan nama anakku ada di dalam senarai pelajar dan pada sesi yang betul. Tahun ni sesi pagi anakku akan bersekolah agama di waktu pagi dan bersekolah kebangsaan di waktu petang.


Yuran sekolah Agama
Selesai periksa apa yang perlu di sekolah agama, sempat juga tengok harga untuk yuran yang perlu dibayar ketika hari pertama persekolahan. Ingatkan dapat bayar awal tapi tidak dibenarkan. Tunggu jelah semasa hari pertama persekolahan nanti.

Ada beberapa item yang masih belum dibelikan. Harap-harap hujung minggu ni dapat dibeli apa yang diperlukan. Moga info ini berguna kepada ibubapa yang bersekolah di sekolah yang sama.



No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...