Berkesempatan buat playdough dengan anak-anak semalam. Bangun pagi terus request nak buat playdough. Memandangkan semua dah siap pagi-pagi, jadi aku layankan aje permintaan diorang. Yang bestnya homemade playdough ni hanya gunakan 4 bahan jer...
Bahan-bahan :-
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam halus
1/2 cawan air
beberapa titis pewarna makanan
Cara-caranya :-
1. Gaulkan semua bahan kecuali pewarna makanan. Pastikan bahan tidak melekat ditangan. Sekiranya melekat boleh tambah sedikit tepung gandum.
2. Lepas dough dah jadi macam ni, asingkan kepada beberapa bahagian. Macam aku ada dua pewarna jadi dough tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian sahaja. Dah bahagikan, baru titiskan pewarna makanan ke atas dough pertama. Uli sehingga warna sebati dan tiada warna putih kelihatan.
3. Ulang langkah yang sama untuk bahagian yang lagi satu.
4. Siap dan boleh terus main. Kalau nak tahan lebih lama boleh simpan dalam peti sejuk selepas main.
Wednesday, January 27, 2016
Tuesday, January 26, 2016
2016 Anak-anak menjadi keutamaan
Macam biasa setiap kali datangnya tahun baru pasti ada azam baru. Walaupun azam tahun lepas masih belum dicapai, azam tahun baru tetap juga akan ada. Begitu juga untuk aku...
Tahun ni memang nak fokus kepada anak-anak memandangkan mereka makin membesar dan perlukan lebih perhatian dan sokongan.
Tahun ni memang nak fokus kepada anak-anak memandangkan mereka makin membesar dan perlukan lebih perhatian dan sokongan.
Selain dari tu tahun ni target nak menunaikan umrah bersama suami. Tapi suamiku cakap nak bawa anak-anak sekali. Insyaallah akan diusahakan apa yang kami mampu.
Selain dari tu nak target sekurang-kurangnya ada 2 rumah baru untuk tujuan pelaburan. Satu atas nama aku dan satu atas nama suami aku. Tujuannya adalah untuk persediaan aku yang ingin meninggalkan dunia pekerjaan secepat mungkin.
Orang kata kalau nak sesuatu kena tulis. Jadi aku tulis dekat sini supaya aku boleh nampak apa yang aku ingin capai dan bila aku dapat capai impian aku. Semoga aku lebih rajin untuk mengupdate blog kecil aku ni.
Sunday, July 26, 2015
Hari Raya 2015
Tahun ni giliran berhari raya di Kelantan. Awal-awal dah booking tiket kapal terbang untuk balik kampung berhari raya. Kami balik seminggu sebelum raya memandangkan tak berkesempatan balik menyambut Ramadhan, jadi kami buat keputusan untuk balik raya awal agar dapat berpuasa di kampung.
Anak-anak pulak kenalah memonteng lebih awal sebabnya cuti sekolah bermula pada hari Rabu. Anak-anak baru darjah 2 dan 1 takdelah nak heran sangat kalau memonteng sekolah.
Raya tahun ni tema warna adalah merah menyerlah. Bak kata Zulfiqar Merah Dung Dung Chey... Baju dah memang beli siap-siap sebelum puasa lagi sebab tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai masa bulan puasa nanti. Lagipun ada anak kecik ni lebih baik cari semua benda awal-awal.
Kali ni sempat buat photoshoot dengan semua adik beradik sebelah suami. Memandangkan semua orang ada masa lagi 2 hari sebelum Raya, jadi selepas berbuka kami terus bersiap-siap untuk ambil gambar keluarga. Biasa orang ambil di pagi raya tapi kitorang lebih awal lagi dah ambil. Jom layan gambar raya kami tahun ni..
| Keluarga Kami (sebelah suami) |
| Adik-Beradik Suami (4 lelaki & 3 perempuan) termasuk Ma & Abah |
| Yang dah ada pasangan sahaja |
| Yang single |
| Tok Ma & Tok Abah bersama cucu-cucunya |
Riuh rumah Tok Abah & Tok Ma bila semua dah balik beraya. Maklumlah dari 8 orang cucu hanya sorang je perempuan dan yang lain semuanya lelaki. Yang paling riuh adalah anak-anak akulah.... Bila kitorang balik kuranglah sikit riuhnya sebab yang lain kecik-kecik lagi..
Inilah kenangan untuk hari raya kali ni. Insyaallah nak juga buat photoshoot untuk keluarga sebelah aku. Aku memang suka ambil gambar dan simpan sebagai kenangan masa akan datang.
| Sweet Couple |
Selamat Hari Raya kepada siapa yang sudi singgah sini..
Saturday, July 25, 2015
Rezeki Syawal
Lama dah tak update pasal contest yang aku sertai. Nampaknya usaha beberapa bulan lepas membuahkan hasil walaupun taklah sehebat orang lain. Kali ni rezeki dari Peraduan Prego bersama Econsave. Memandangkan hadiahnya memang banyak, jadi aku gagahkan juga untuk mencuba nasib dan alhamdulillah membuahkan hasil.
Thursday, June 25, 2015
Menjengah
Lama tak menjengah blog kecil ni. Maklumlah baru je masuk kerja jadi banyak lagi benda yang nak kena semak. Rindu nak jengah blog rakan-rakan. Pagi ni jenguk sekejap kat sini sebelum mulakan kerja. Semoga diberi kelapangan untuk rajin mengupdate blog kecil ni sebagai kenangan pada masa akan datang.
Friday, May 15, 2015
Botak pun comel
Statement ni khas untuk baby ye.. kalau orang tua botak dikatakan comel, boleh fikir sendirilah kat mana tahap kecomelan tu kan....
Genap umur Muhammad Zulfiqri 30 hari, kami buat keputusan botakkan rambutnya yang lebat tu. Walaupun sayang nak membotakkan rambutnya tapi untuk nampaknlebih bersih dan kemas kami botakkan juga.
![]() |
Sebelum botakkan rambut, siap sedia buatkan baju dari kertas untuk mengelakkan rambut-rambut yang digunting jatuh kat badan dan jadikan badan gatal-gatal.
Kelakar pulak aku tengok gambar ni balik tapi bila pakai ni dia jadi tak berapa selesa. Akhirnya biarkan pakai pampers je.. Memandangkan rambut panjang, jadi kena gunting dulu rambut sebelum dicukur.
Akhirnya siap juga walaupun mengambil masa hampir satu jam. Walaupun tak berapa licin tapi oklah...
Lepas cukur nampak lebih lena tidurnya.. Ruam kat muka pun dah kurang. Mungkin sebab dah kurang berpeluh. Maklumlah kalau rambut panjang banyak berpeluh dan sebabkan ruam.
Pernah terbaca bagus membotakkan anak-anak sejak dilahirkan tapi tak ingat apa kelebihannya... Nanti kalau jumpa artikel tu boleh aku kongsikan kat sini..
Thursday, April 30, 2015
Menu Berpantang
Hari ni masuk hari ke 20 berpantang. Dah namanya berpantang jadi pantang yang paling utama adalah pantang dalam bab makanan yang diambil setiap hari.
Setakat hari ni menu yang disediakan untuk aku ada dalam 3 menu yang mana menu ini akan di ulang berkali-kali sehingga kadang-kadang aku jadi tak lalu nak makan. Tapi disebabkan aku masih memberikan susu badan secara eksklusif kepada anak aku, telan jugalah apa yang disediakan.
Ini adalah menu-menu yang ingin aku kongsikan. Mungkin boleh dijadikan rujukan kepada pembaca yang akan berpantang.
![]() |
| Nasi dgn ikan bilis yang digoreng tanpa minyak |
![]() |
| Nasi dan ikan tenggiri bakar |
![]() |
| Nasi dan sup daging beserta lobak merah |
Setiap menu ini disertakan bersama serbuk lada hitam. Jadi bertabahlah hati untuk menghadap menu ni setiap hari...
Sekadar perkongsian dan rujukan untuk aku pada masa depan... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cheesekut Mini
Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...
-
Kalau tanya " Awak nak iPhone 5s percuma tak?" apakah jawapan spontan yang akan kita dengar? Mestilah jawapannya NAAKKKKKK !!!! B...
-
Dalam entri sebelum ni aku dah ceritakan mana nak dapatkan hotel selesa dan berpatutan mengikut budget aku. Entri kali ni aku nak kongsi...
-
Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...









