Monday, August 11, 2014

Throwback : Berbuka Puasa di Masjid

Bulan Puasa yang lepas kami sekeluarga memang takde pergi berbuka puasa diluar kecuali kalau ada majlis di office dan mewajibkan aku untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa. Tahun ni anak-anak dah besar, saja nak ajar dan bagi mereka rasa berbuka puasa di Masjid.

Pengalaman pertama aku berbuka puasa adalah semasa zaman Universiti. Masa tu memang aku teruja sangat sebab berbuka dan makan di dalam talam. Itulah pertama kali aku belajar makan dalam talam dan itulah pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Ingatkan kali ni nak pula berikan pengalaman yang sama kepada anak-anak aku. Tapi hajat aku tak tercapai sebabnya masjid yang kami pergi menyediakan hidangan secara buffet. Kami terjah Masjid Kota Damansara je memandangkan masjid berhampiran takde buat majlis berbuka puasa.
Siap sedia dengan kuih dan air untuk berbuka

Menunggu masa untuk berbuka

Part yang paling kelakar ialah Zulqarnain tak puas hati sebab berbuka dengan kuih jer. Dia sanggup pergi balik kat khemah makanan untuk bertanyakan nasi. Bukan tak dihidangkan nasi tapi nasi akan dihidangkan selepas solat Maghrib. Kebiasaannya kat rumah dia akan terus makan nasi dan kami jarang beli kuih  jadi dia rasa pelik pulak sebab tak berbuka dengan nasi.. Huhu.. sekurang-kurangnya mendidik dia untuk lebih bersabar.. Makan sikit dulu, solat dan barulah makan nasi..

Tapi memang bagi pandangan aku bagus untuk bawa anak-anak dekat dengan masjid sejak dari kecil cuma kalau anak yang terlalu kecil takut mengganggu jemaah lain. Jadi kalau nak bawak pun kenalah pandai-pandai samada sembahyang di bahagian belakang atau berikan anak mainan yang boleh melekakan dia semasa menunaikan Solat.

Apap-apapun insyaallah tahun depan nak juga cari Masjid yang buat majlis berbuka puasa dengan makan dalam talam.. Kalau ada yang tahu boleh beritahu ye..


1 comment:

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...