Thursday, April 30, 2015

Menu Berpantang

Hari ni masuk hari ke 20 berpantang. Dah namanya berpantang jadi pantang yang paling utama adalah pantang dalam bab makanan yang diambil setiap hari. 

Setakat hari ni menu yang disediakan untuk aku ada dalam 3 menu yang mana menu ini akan di ulang berkali-kali sehingga kadang-kadang aku jadi tak lalu nak makan. Tapi disebabkan aku masih memberikan susu badan secara eksklusif kepada anak aku, telan jugalah apa yang disediakan.

Ini adalah menu-menu yang ingin aku kongsikan. Mungkin boleh dijadikan rujukan kepada pembaca yang akan berpantang.

Nasi dgn ikan bilis yang digoreng tanpa minyak

Nasi dan ikan tenggiri bakar

Nasi dan sup daging beserta lobak merah

Setiap menu ini disertakan bersama serbuk lada hitam. Jadi bertabahlah hati untuk menghadap menu ni setiap hari...

Sekadar perkongsian dan rujukan untuk aku pada masa depan... :)

Monday, April 20, 2015

Jaundice @ Demam Kuning

Pengalaman melahirkan 3 anak sebelum ini diikuti dengan jaundice selepas beberapa hari kelahiran memang sudah menjadi biasa bagi aku. Begitu juga untuk kelahiran kali ini menghadapi masalah yang sama. Walaupun begitu perasaan risau masih ada kerana jika dibiarkan akan memberikan kesan kepada bayi tersebut.

Mula buat pemeriksaan selepas hari keempat kelahiran. Ini kerana nampak jelas kulit anak yang kekuningan. Periksa di Klinik Kesihatan je. Selepas 3 hari berturut-turut membuat pemeriksaan, bacaan jaundice semakin tinggi dan perlu bawa anak ke hospital untuk dibiarkan di bawah lampu @ phototherapy. Hari pertama ke Hosp Sg Buloh tapi disuruh balik sebab bacaan baru lebih sikit dari 'border' dan memandangkan wad penuh, kami diauruh balik dan periksa semula di Klinik kesihatan.

Hari berikutnya sekali lagi ke Klinik Kesihatan untuk memeriksa darah dan bacaan semakin tinģgi. Nak tak nak memang kena duduk juga di hospital tapi aku dan suami buat keputusan untuk terus ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan walaupun perlu mengeluarkan belanja yang agak tinģgi. Tapi di hospital swasta, anak tidak diletakkan sekali dengan ibu di dalam wad tapi diletakkan di nursery hospital. 

Memandangkan aku tak dapat bersama anak, aku buat keputusan untuk tidak tinggal di hospital dan kebetulan pula tiada bilik kosong. 2 malam tidur tanpa anak di sisi rasa serba tak kena dibuatnya. Aku gagahkan juga bangun tengah malam untuk mengepam susu agar dapat diberikan kepada anakku bila lapar. Tapi setiap hari aku akan jenguk juga anak aku untuk hilangkan rasa rindu.

Hari ni dah kembali di sisi aku.. gembira rasanya dan jaundice pun dah hilang...
Sedikit pengalaman apabila anak menghadapi Jaundice.

Thursday, April 16, 2015

Our New Born

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dari mula masuk wad hingga selamat melahirkan. Ini kandungan kelima dan merupakan kelahiran keempatku...

Tanggal 11 April 2015 aku telah selamat melahirkan jejaka comel secara normal. Pagi-pagi bila solat Subuh aku dah suruh suami siap awal-awal untuk ke klinik memandangkan ada keluar sedikit tanda bewarna merah tapi takdelah banyak sangat. Sepatutnya aku memang ada appointment pukul 8pagi, jadi aku hanya datang lebih awal sebab takut juga kalau terberanak kat rumah pulak.

Sebenarnya hari sebelumnya aku dah jumpa Dr dan dah ada contraction setiap 10 minit. Bukaan jalan pun dah buka dalam 1-2 cm. Tapi Dr suruh balik dulu dan datang semula esoknya. Lagipun aku datang sorang je sebab suami masih bekerja.

Sementara menunggu giliran nak jumpa Dr, aku dah mula terasa contraction. Memandangkan menunggu dalam keadaan duduk, jadi ia agak sakit dan aku terpaksa minta suami maklumkan kepada jururawat untuk maklumkan kepada Dr. Terus aku dipanggil dan Dr periksa bukaan jalan sudah 4-5 cm. Aku terus dimasukkan ke wad dan dipasangkan CTG bagi memeriksa kadar denyutan jantung baby dalam kandungan.

Dari rekod CTG tu nampaknya keadaan jantung baby semakin perlahan. Jadi Dr pecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses bersalin. Selepas air ketuban dipecahkan aku dibawa ke bilik bersalin. Berdebar rasanya tapi kali ni suami sentiasa ada di sisi disepanjang proses kelahiran. Menurut kata jururawat yang bertugas, hanya 2 sebab kenapa bacaan jantung baby tak berapa cantik iaitu :-
1. Tali pusat terbelit dileher baby atau
2. Ibu yang menahan kesan dari contraction dan oksigen tak sampai pada baby

Jadi, aku diberikan oksigen supaya dapat membantu bayi dalam kandungan agar cukup oksigen. Setelah berhempas pulas menghadapi saat-saat getir bersalin, akhirnya pada jam 10.57 pagi telah selamat dilahirkan bayi lelaki yang sangat comel seberat 3.5kg. Menurut kata Dr, aku hanya kena satu jahitan sahaja.

Inilah wajah jejaka comelku yang keempat selepas dilahirkan. Syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga.


Catatan ini hanyalah sebagai catatan peribadi dan pengalaman diriku sebagai kenangan pada masa hadapan dan juga sebagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan.


Thursday, April 9, 2015

38 minggu yang mendebarkan

Minggu ni kandungan dah masuk 38 minggu. Masa 37 minggu pergi buat pemeriksaan kandungan keadaan baby sihat dan Doktor periksa jalan keluar baby. Alhamdulillah dah buka jalan 2cm dan menurut kata Doktor insyaallah dalam masa beberapa hari mungkin boleh bersalin dan sekiranya tak bersalin dalam masa seminggu kena datang periksa macam biasa.

Minggu ni dapat MC 2 hari sebab sakit pinggang bila duduk lama di pejabat. Kalau dah duduk dekat pejabat memang kerja banyak dan tak sempat nak berehat atau baring-baring. Hari ni kerja balik sebab masih belum ada tanda-tanda nak melahirkan. Takpelah yang penting baby dalam perut ni sihat dan aktif. Esok kena jumpa Doktor lagi..

Doakan semoga segala urusanku dipermudahkan.... AMIN..

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...