Thursday, April 9, 2015

38 minggu yang mendebarkan

Minggu ni kandungan dah masuk 38 minggu. Masa 37 minggu pergi buat pemeriksaan kandungan keadaan baby sihat dan Doktor periksa jalan keluar baby. Alhamdulillah dah buka jalan 2cm dan menurut kata Doktor insyaallah dalam masa beberapa hari mungkin boleh bersalin dan sekiranya tak bersalin dalam masa seminggu kena datang periksa macam biasa.

Minggu ni dapat MC 2 hari sebab sakit pinggang bila duduk lama di pejabat. Kalau dah duduk dekat pejabat memang kerja banyak dan tak sempat nak berehat atau baring-baring. Hari ni kerja balik sebab masih belum ada tanda-tanda nak melahirkan. Takpelah yang penting baby dalam perut ni sihat dan aktif. Esok kena jumpa Doktor lagi..

Doakan semoga segala urusanku dipermudahkan.... AMIN..

1 comment:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan Zu.
    Take care & jaga stamina supaya mudah nak bersalin normal nanti.
    Juga boleh pastikan pengambilan kalsium & magnesium yang cukup dalam diet harian untuk mengurangkan sakit badan & sakit pinggang ketika hamil.

    ReplyDelete

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...