Tuesday, December 24, 2013

Seminggu je dah OK


Nak coretkan pengalaman mengkhatankan 2 anakku yang masing-masing berusia 5 dan  6 tahun. Keputusan untuk mengkhatankan kedua-duanya adalah dari suamiku dan salah satu sebabnya adalah kerana mudah apabila membawa mereka ke masjid. Tak perlu solat di bahagian belakang.

Kami mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah Alisklamp yang dikatakan mudah dari segi penjagaan dan cepat baik dan Alhamdulillah memang betul apa yang diperkatakan. Mana taknya anakku disunatkan pada hari Sabtu dan hari Rabu dah boleh pakai seluar dan esoknya dah boleh berlari ke sana sini. Memang segalanya dipermudahkan.

Tapi sebelum disunatkan kami bawa anak-anakku bermandi-manda di kolam renang dulu. Ialah aku nak sertai khatan perdana tak kesampaian pula. Kiranya siraman dari pili bomba digantikan dengan mandi manda di kolam renang je..

Selesai mandi-manda, siap-siap bagi makan kenyang-kenyang sebelum dibawa ke klinik untuk dikhatankan. Temujanji untuk berkhatan pada jam 11.45 pagi. Dalam pukul 12.45 tghari kedua-duanya selamat dikhatankan. Bahagian paling seronok bila anakku keluar dari bilik doktor dengan muka selamba je.. Siap cakap " Tak sakit pun.. Macam kena gigit semut jer..". Ini semua gara-gara suka tengok cerita Upin dan Ipin. Sampai terikut-ikut dalam kehidupan seharian. Tapi memang aku akui, cerita Upin dan Ipin banyak membantu mendidik anak-anakku ini.
Aksi sebelum dikhatankan
Tapi kalau tengok riak muka lepas berkhatan tu rasa macam takde apa-apa pun. Kalau tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni. Memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan khatan pada zaman dulu-dulu yang bagi aku menakutkan bagi semua budak lelaki.


Selesai dikhatankan


Selesai seminggu berkhatan, datang semula ke klinik bagi membuka "clamp" yang dipasang. Rupa-rupanya sebelum buka "clamp" tu sepatutnya budak-budak ni direndamkan dulu bagi memudahkan sarung tersebut di cabut. Dek kerana aku tak merendamkan kedua-duanya, benda tu agak melekat sedikit pada kulit dan membuatkan mereka rasa sakit dan meraung.

Tapi sebagai upah untuk mendiamkan kedua-duanya, aku belikan air Slurpee di 7 Eleven walaupun tangisan masih belum hilang. Tapi bila naik kereta hilang dah tangisan tu dan boleh bermain seperti biasa. Selepas "clamp" dibuka, diingatkan supaya anak diberikan seluar yang berkain lembut selain memakai kain pelikat. Kerana kalau pakai seluar berkain keras akan melukakan.

Semasa menunggu untuk membuka " Clamp"




No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...