Saturday, May 31, 2014

8 bukan 7

Sebelum ni aku ada buat entri pasal ulangtahun perkahwinan. Sekali tersilap kiralah.. Sebenarnya dah 8 tahun tapi tersilap kira.. Nasib baik suami aku tak baca. Hehehe...

5 penebar roti canai

Pagi ni tak tahu nak masak apa sebab setiap hari dah masak sarapan. Macam biasa anak-anak request roti canai setiap hujung minggu. Kedai yang aku pergi ni memang sentiasa penuh disebabkan roti canai dan kuahnya yang sedap.

Bayangkan ada 5 penebar roti canai dalam osatu kedai. Memang aku respek dan bahagian paling best orang Melayu yang tebar ok... Tak silap anak beranak yang tebar roti canai ni. Dulu ada gak mak dan bapa dia tebar tapi sekarang semua muda-muda je yang tebar dan kemungkinan besar anak-anak dia.

4 penebar

Seorang lagi penebar

Selain dari roti canai ada juga jual menu yang lain. Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Laksam, kuih muih dan segala bentuk sarapan pagi ada kat sini. Jadi one stop centre. Tak perlu pergi kedai lain cari. Tapi killer produk tetap roti canai sebab kuah dia sedap memang berbeza dari tempat lain.

Bahagian kuih muih dan nasi bungkus


Semoga lebih banyak usahawan makanan Melayu Islam berjaya macam diorang ni.

Kek punya hal

Hari tu kebetulan seorang rakan ofis belanja makan tengahari disebabkan kenaikan pangkat. Kami memilih Secret Recipe sebagai destinasi kami. Lepas habis makan siap tapau sorang sepotong kek lagi. Konon-konon nak minum petang di ofis. Sekali tak sempat habis aku pun bawak balik.

Anak-anak makan sikit je, bila aku tanya nak lagi diorang kata tak nak jadi aku habiskan jelah. Sekali pukul 10 malam Zulfiqar bertanyakan kek tu mana. Bila kata dah habis punyalah meraung. Nak cari mana dah malam kedai kek semua dah tutup.

Esoknya kebetulan keluar makan tengahari, jumpa kek coklat dan belikan untuk dia. Bila bawak balik punyalah seronok dia. Hilang rasa bersalah dibuatnya bila dah penuhi permintaan dia.




Tengoklah betapa seronoknya dia bila dapat kek idamannya.. Bila anak seronok aku pun lagilah seronok. Siapa tak suka anak dia happy? Cuba angkat kaki sikit.. :;

Tuesday, May 27, 2014

Ulangtahun ke 7


Pejam celik, pejam celik sekejap jer dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Tanggal 27 Mei 2006 aku diijabkabulkan dengan suami tersayang Mohd Asrul Hisyam. Pelbagai suka duka dalam mengharungi kehidupan bersama. Dikurniakan 3 cahaya mata yang hebat yang menambah seri kehidupan kami.

Moga hubungan ini berkekalan hingga ke Syurga. Amin..


Monday, May 26, 2014

3 waktu dilarang mandi


3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.

B. Setelah Maghrib.

C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Kalau nak tahu sebabnya boleh baca kat SINI.

Saturday, May 24, 2014

Jangan perlekeh Si Tukang Cuci

Hari Sabtu seperti biasa aku kena pergi kerja tapi setengah hari jelah. Pagi ni kakak cleaner office datang ambil sampah dan vakum ofis aku memandangkan bilik aku dah berselerak sebab anak-anak datang temankan aku kerja malam semalam. Memang setiap kali kerja malam, anak-anak dan suami akan menjadi peneman aku. Sambil meneman aku tu banyaklah aktiviti yang dibuat dan salah satunya adalah makan dan menyepahkan bilik aku.

Cerita pasal kakak tukang cuci ofis aku ni, tadi berbual bilangan anak, dia pun bercerita yang dia pun ada 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Katanya dia kahwin muda 15 tahun dah berkahwin. Sekarang anaknya dah berumur 21 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti di tahun dua. Terkejut aku bila mendengarkan yang anaknya bakal menjadi seorang graduan dan ibunya bekerja di Malaysia sebagai tukang cuci bagi menyara kehidupan anak-anak di Indonesia.

Satu perkara lagi yang aku respek dengan dia adalah dia merancang keluarganya. Walaupun beliau tidak berpelajaran tinggi, beliau masih inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ialah kalau banyak anak tapi tak terbela tak boleh jugakkan. Maksudnya dia tahu yang dia susah, jadi kalau anak-anak berderet-deret banyak benda yang nak difikirkan untuk setiap anak iaitu makan, minum, pakaian dan pendidikan. Memanglah setiap anak tu ada rezeki masing-masing tapi kalau ibu bapanya tak berusaha bagaimana pulak rezeki tu nak datang. Betul tak?

Banyak juga iktibar yang aku dapat pagi ni hasil perbualan dengan kakak cleaner ni. Jadi janganlah sekali-kali kita memandang rendah tukang-tukang cuci ni sebab aku selalu nampak orang-orang 'kita' ni sangat kurang menghormati mereka yang bekerja di dalam bidang ini.

Wallahualam..

Friday, May 23, 2014

Jalan-jalan di Danga Bay

Lama betul aku nak sambung entri percutian aku baru-baru ni. Bukannya apa, mood nak mengarang ayat tu takde dengan kesibukan kerja di ofis membuatkan malas sungguh aku nak menaip. Oklah sambung cerita setelah selesai makan di Delizio Pizza, kami tak tahu nak ke mana. Bertanya dengan orang Johor tempat-tempat menarik untuk dilawati pun mereka sendiri tak tahu kemana destinasi yang perlu dicadangkan.

Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk memandu di pesisir pantai je sambil-sambil tu aku search di Google mana tempat menarik di sekitar Danga Bay. Alhamdulillah tak sia-sia usaha aku menggunakan pakcik Google sebab kami terjumpa tempat menarik ni. Aku pun tak ingat aku baca dari blog mana jadi aku tak dapatlah nak bagi kredit kepada tuan punya blog tu. Tempat yang kami tuju tu adalah Country Garden. Kalau orang yang tak tahu memang takkan singgah tempat ni sebabnya sekarang tempat tu tengah dalam pembinaan, jadi diselindungi dengan zink-zink tapi ada kawasan menarik di tengah-tengah tu.

Dari website Country Garden
Mula-mula bila turun kereta masih belum nampak lagi tempat yang menarik untuk anak-anak bermain. Bila jalan masuk ke dalam sikit barulah ternampak taman permainan untuk kanak-kanak. Macam biasalah bila anak-anak dah nampak taman permainan, alamatnya berkampung jelah kami kat situ. Tapi seperti biasa lepas anak-anak dah puas 'sikit' main, aku mengajak berjalan di pesisir pantai. Pemandangannya memang sangat cantik dan aku suka. Terasa macam tengah lepak di tepi pantai di luar negara gamaknya.

Bahagian depan

Kawasan Taman Permainan

Sonoknya menggelongsor


Pemandangan kawasan tepi pantai yang best. Mak aku boleh lepak-lepak dekat bawah pondok kecik tu sebab dah penat kaki berjalan. Kami pusing ke kawasan sekitar. Memang sangat menenangkan jiwa bila berada dekat tempat macam ni. Feeling-feeling macam tengah bercinta gitu... hahahaha...  

Ditepian pantai
Masa kami sampai kat sini, baru je lepas hujan, jadi nampak semua pokok segar je dan pasir pantai pun lembab je. Semua pokok kat sini dijaga dengan rapi. Rumput pun tak boleh pijak ok. Kalau pijak nanti ada security yang akan meniup wisel. Nasib baik masa anak-anak main atas rumput security tak nampak. Kalau tak memang harus aku lari tak mengaku anak... :)

Anak-anak main balik di Playground

Nenek dan cucu-cucunya
Puas anak-anak bermain kat sini. Sekurang-kurangnya kami dapat singgah tempat yang menarik di Danga Bay ni. Lepas ni nak pergi Jalan-Jalan Cari Makan (walaupun perut masih kenyang dengan Delizio Pizza) sebab malam pulak aku nak jumpa kawan ofis lama kau yang dah berpindah ke Johor bertahun tak berjumpa.

Masa kami berjalan ke tempat parking kereta, jumpa dengan replika sotong, ketam dan tiram (ada mutiara dalamnya). Anak-anak bila dah jumpa benda yang pelik sukalah nak explore terutamanya Muhammad Zul Iqbaal.

Cubaan mengeluarkan mutiara tapi tak berjaya

Ketam Gergasi

Tapi memang replika yang ada kat sini semuanya nampak macam original je. Lagi satu aku suka sangat tengok landscape di setiap sudut di sini. Teringin nak buat lanskap macam tu kat rumah.. hehehe.. berangan jelah..




Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...