Saturday, May 24, 2014

Jangan perlekeh Si Tukang Cuci

Hari Sabtu seperti biasa aku kena pergi kerja tapi setengah hari jelah. Pagi ni kakak cleaner office datang ambil sampah dan vakum ofis aku memandangkan bilik aku dah berselerak sebab anak-anak datang temankan aku kerja malam semalam. Memang setiap kali kerja malam, anak-anak dan suami akan menjadi peneman aku. Sambil meneman aku tu banyaklah aktiviti yang dibuat dan salah satunya adalah makan dan menyepahkan bilik aku.

Cerita pasal kakak tukang cuci ofis aku ni, tadi berbual bilangan anak, dia pun bercerita yang dia pun ada 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Katanya dia kahwin muda 15 tahun dah berkahwin. Sekarang anaknya dah berumur 21 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti di tahun dua. Terkejut aku bila mendengarkan yang anaknya bakal menjadi seorang graduan dan ibunya bekerja di Malaysia sebagai tukang cuci bagi menyara kehidupan anak-anak di Indonesia.

Satu perkara lagi yang aku respek dengan dia adalah dia merancang keluarganya. Walaupun beliau tidak berpelajaran tinggi, beliau masih inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ialah kalau banyak anak tapi tak terbela tak boleh jugakkan. Maksudnya dia tahu yang dia susah, jadi kalau anak-anak berderet-deret banyak benda yang nak difikirkan untuk setiap anak iaitu makan, minum, pakaian dan pendidikan. Memanglah setiap anak tu ada rezeki masing-masing tapi kalau ibu bapanya tak berusaha bagaimana pulak rezeki tu nak datang. Betul tak?

Banyak juga iktibar yang aku dapat pagi ni hasil perbualan dengan kakak cleaner ni. Jadi janganlah sekali-kali kita memandang rendah tukang-tukang cuci ni sebab aku selalu nampak orang-orang 'kita' ni sangat kurang menghormati mereka yang bekerja di dalam bidang ini.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...