Friday, June 22, 2018

Resepi : Puding Roti Karamel

Bahan-bahan :-
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat
1 tin susu cair
6 biji telur ayam (lagi banyak lagi sedap)
8 keping roti gardenia 4 segi
Sedikit esen vanilla (tak letak pun takpe)
6 sudu gulà dan sedikit air

Cara-cara :
1. Kacau telur pakai garpu dan tapis pakai penapis teh.
2. Campurkan semua bahan dan masukkan dalam blender. Kalau tak muat blender bahagi dua adunan.
3. Masakkan gulà atas àpi hingga jadi gula hangus. Dah cair masukkàn air sikit tapi kena hati-hati ye.
4. Masukkan gula hangus dalam loyang dan ratakan.
5. Masukkàn bahan yang dah dikisar ke dalam loyang.
6. Kukus selama 45 minit dan insyaallah menjadi.

Resepi ni dapat dari fb. Ni untuk 2 adunan tapi kalau nak buat 1 adunan bahagi 2 je adunan tu.

Sesiapa ada roti yang nam expired dan tak habis boleh buat puding roti karamel ni. Setiap hari buat seloyang puding ni memang licin. Puas hati masak.

Cuba jangan tak cuba ye.

Sunday, June 17, 2018

Salam Aidilfitri 2018

Tahun ni giliran beraya dengan keluarga aku. Tapi sebenarnya giliran suami tapi dek kerana Raya ke4 ada majlis belarok(sambut menantu) adik suami, so keputusannya raya dengan keluarga di Selangor dulu.

Tahun ni tak beli baju raya baru memandangkan baru je tempah baju sempena majlis perkahwinan adik suami bulan 3 hari tu. Jadi macam biasa kita recycle je baju yang boleh dipakai.

Tahun ni baju kami tak sedondon sebab aku malas nak beli baju baru memandangkan tahun ni dah banyak beli baju baru. Jadi pakai baju mana yang ada je tahun ni.

Kita layan gambar-gambar sepanjang raya pertama dan kedua ye. Agar menjadi kenangan kami sekeluarga pada masa akan dating.
Family aku dan mak

Keluarga besar sebelah mak yang beraya di sini. Ada beberapa keluarga belum sampai

My Heroes in black

Posing dekat tangga ajaib

Family aku, kakak dan mak ( abang beraya di rumah mertua)

Sempat posing lepas beraya rumah sepupu mak
Ni baru gambar hari raya pertama. Jom layan gambar raya kedua pulak.

Raya ke2 pakai seluar je tahun ni

Till Jannah "ouch"

Anak orang lain sibuk ngan gadget tapi anak aku belasah kuih raya

Family kami beraya di Kg Kuantan

Sweet couple juga. Kakak dan abang ipar

 Balik beraya semua penggsaann
Itu je update sepanjang hari raya pertama dan kedua.

Friday, May 25, 2018

Iftar 2018 : Day 3 dan Ramadhan Challenge



Sempena berpuasa hari ketiga, aku dan team pemanah Freestyle Archer Club sama-sama memeriahkan acara dengan menyertai Ramadhan Challenge anjuran Bow & Arrow.

Seramai 6 wakil dari kelab yang menyertai pertandingan dan sebanyak 8 kategori dipertandingkan. Agak mencabar sebab acara bermula jam 3 petang. Tapi Alhamdulillah cuaca panas tapi tak terik sangat.

Medal untuk semua peserta

Paling best pada goodies bagnya. Belum start bertanding dah dapat medal. Ini semua peserta akan dapat termasuk sijil. Selain dari tu ada air mineral, jajan, voucher buka puasa (air tebu dan bubur lambuk). Selain dari tu yang paling best lagi ialah dapat tshirt Ramadhan Challenge. Memang berbaloi sangat. Bayar yuran RM 50 tapi dapat macam-macam benda. Tak yah bertanding pun takpe. Hahahahah..

T-shirt untuk semua peserta
Hadiah pertandingan adalah special plague. Biasa dari arcrylic tapi kali ni lain dari yang lain iaitu dari kayu. Berangan nak dapatkan satu sebab nampak special sangat.

Plague Kayu untuk semua pemenang

Kawasan pertandingan
Untuk pertandingan kali ni suami kena jadi juruacara program. So dia memang takde dalam gambar sebab sibuk je sepanjang program. Bila dah habis pertandingan baru boleh nak lepak sesame tapi sekejap jelah.


Ahli keluarga Freestyle Archers Club
Alhamdulillah, impian nak memiliki salah satu plague kayu berjaya walaupun hanya berada ditempat kedua. Tapi ini pertandingan pertama aku join dengan format dinamik. Sebelum ni join format statik. Perasaan gemuruh dia memang lagi huru hara dibuatnya. Mana taknya nak kena shoot unlimited arrow dalam masa 35 saat dan perlu berlari dari tempat permulaan.

Memang tak berlatih langsung sebelum pertandingan ni. Memang terus je shoot masa ni. Syukur kalau dah rezeki tak ke mana kan..

Nampak kurus pulak dalam gambar ni

Family photo 

Family Freestyle Archers Club 

Yeay !!
Habis program nak dekat pukul 7 petang. Kelam kabut bersiap nak balik berbuka puasa dengan anak-anak. Sempat sampai rumah sebelum azan Maghrib. Memandangkan dah kepenatan, memang tak lalu nak makan nasi. Lepas mandi dan solat Maghrib baru makan. Gambar menu tak sempat snap sebab dah kepenatan.



Saturday, May 19, 2018

Iftar 2018 : Day 1 & 2

Alhamdulillah dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Sebelum-sebelum ni tak pernah sharekan apa menu atau juadah berbuka puasa kami. Tahun ni terasa nak kongsikan pulak juadah iftar kami sekeluarga setiap hari.

Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada rujukan pengambilan makanan setiap hari. Kalau boleh nak beralih kepada makanan yang lebih berkhasiat dan kurangkan makanan berminyak.

Kebiasaannya setiap kali berbuka puasa kami akan masak sendiri bagi menjamin kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Untuk tahun ni juga aku menyumbangkan satu menu setiap hari atau dengan kata lain aku akan cuba masak satu menu berkhasiat untuk keluarga.

Day 1
Menu Iftar hari pertama :
1. Nasi putih
2. Daging masak kicap dengan kentang*
3. Sayur campur
4. Ikan goreng sambal
5. Ulam Raja goreng tepung
6. Air teh O panas

Day 2

Menu Iftar hari kedua :-
1. Nasi putih
2. Ayam Golek panggang*
3.  Sup tulang
4. Ikan tamban goreng sambal
5. Telur goreng berapi
6. Teh O panas

Buat setakat ni memang takde membeli di PARAM. Kuih muih pun tak beli sebab bila dah makan nasi tu rasanya macam dah cukup kenyang. Cuma lepas terawikh anak-anak akan menjamu Moreh yang disediakan disurau atau masjid.

Tapi.. 

Hari ni macam terpaksa berbuka di masjid je sebab petang ni aku ada pertandingan memanah di Saujana Utama dan suami sebagai salah seorang AJK pertandingan.

Seronok juga nak berbuka puasa kat masjid ni. Pengalaman baru untuk anak-anak. Nantikan update sepanjang bulan Ramadhan nanti ye.


Wednesday, May 16, 2018

Tanam Sendiri : Keropok Bayam Brazil

Alhamdulillah rezeki Allah beri. Beli sepasu pokok Bayam Brazil sekarang dah ada 3 pasu pokok. Mudah sangat membiaknya. Pokok pun gemuk-gemuk. Cuma daunnya comel-comel.

Sempat juga nak buat goreng tepung memandangkan ala-ala keropok sayur yang lain. Yang biasa cuba ialah keropok sawi tapi kali ni saja nak cuba menjadi ke tak nak buat keropok Bayam Brazil.

 
Bayam Brazil segar


Tapi kena pastikan lepas petik kena basuh bersih-bersih sebabnya daunnya kecik-kecik, jadi kadang-kadang berpasir. Nak mudah rendam dulu dengan air.
Bayam yang dah digaul dengan telur dan tepung
Lepas dah cuci bersih, celurkan dalam telur kemudian gaulkan dalam #tepung magik pastu terus masukkan dalam kuali. Tak payah lama sangat. Asal tepung dah garing dah boleh angkat.

Dan hasilnya.... memang terbaik !!!!

Keropok Bayam Brazil








Next projek nak buat keropok Ulam Raja sebabnya kat rumah ada banyak pokok Ulam Raja. Aku memang tak reti nak makan ulam macam tu je. Tapi kalau jadi keropok macam ni memang boleh laju je makan.

Monday, May 14, 2018

Aku seorang pemanah

Sebenarnya aku baru je nak berjinak-jinak dengan sukan memanah. Tapi sebenarya dah lama dah suamiku ajak sama-sama memanah. Tapi masa tu tak terfikir langsung nak memanah.

Mula serius memanah bila pertama kali masuk Pertandingan Memanah Antara Masjid-Masjid di Selangor. Tarikh keramatnya adalah pada 22hb Oktober 2017. Ada kategori individu (lelaki/perepmpuan), berkumpulan (lelaki/perempuan) dan campuran (lelaki dan perempuan). Alhamdulillah kami mendapat tepmat ketiga keseluruhan. Takde hadiah untuk setiap kategori. 

.
Bermula dari sinilah aku jadi lebih minat untuk bergiat aktif dalam sukan memanah dengan mengadakan program-program memanah, kelas memanah dan juga sertai pertandingan memanah.

Sebagai rekod dan kenangan, aku kongsikan setiap pertandingan yang aku sertai buat setakat ni.


LIGA MEMANAH TRADISIONAL KUALA LUMPUR 2018 SUKU PERTAMA
Tarikh : 10hb Februari 2018
Format Kejohanan :-
– 18 Meter
– Target Face 40cm x 40cm, 10 ring, WA standard
– Target Face 60cm x 60cm, 10 ring, WA standard (untuk cilik)
– 10 end
– 3 arrow
– Arrow Bebas
– 20 top ranking setiap kategori akan diserap masuk dalam Division Satu pada Liga Kuala Lumpur suku kedua
– Ranking 21 sehingga 40 setiap kategori akan diserap masuk dalam Division Dua pada Liga Kuala Lumpur Suku Kedua
Keputusan : Tempat ke2 bagi kategori wanita 

PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL JEMPUTAN KG TOK MUDA 2018
Tarikh : 15hb Februari 2018
Format Kejohanan :-
Dewasa - 10m & 18m
  Kanak-Kanak (9-13 tahun) - 6m & 10m
Peralatan disediakan
Keputusan : Tempat ke3 bagi kategori wanita 


KEJOHANAN MEMANAH TRADITIONAL DAN BAREBOW, PIALA YDP MPAJ 2018
 
Tarikh : 11hb Mac 2018
Format Kejohanan :-
+ Outdoor
+ 18 meter
+ 40x40 target face FITA 10 ring
+ 3 Arrow
+ Arrow bebas
+ 10 End untuk saringan
+ 28 terbaik akan layak ke Olympic Round
+ 4 teratas dalam saringan akan dapat "BYE" untuk pusingan pertama dalam Olympic Round

PERTANDINGAN LIGA MEMANAH SELANGOR 2.0 
 Tarikh : 18hb Mac 2018

 PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL TERBUKA GREEN4U
Tarikh : 1hb April 2018

Format Kejohanan :-
Dewasa - 40m,30m
Cilik - 10m,20m
7 btg anak panah bebas
(Peralatan disediakan)
*Jika tiada peralatan..*

Insyaallah lepas ni akan ada lagi banyak pertandingan dan aktiviti memanah yang akan aku dan keluarga sertai. Sekarang ni kami dah jadi keluarga pemanah. Dah ada kelab memanah sendiri iaitu Freestyle Archers Club.

Wednesday, May 9, 2018

PRU 14

Sekadar coretan buat kenangan pada masa akan datang. Tahun 2018 melakar sejarah pada tanggal 9 Mei 2018 diadakan Pilihanraya Umum yang ke 14.

Aku dan suami mengundi di negeri berasingan. Aku di Selangor dan suami di Kelantan. Masing-masing dengan pilihan masing-masing. Undi tetap rahsia walaupun suami isteri. Hahaahahha...

Bukti balik kampung pergi mengundi

Bukti dah pergi menjalankan tanggungjawab

Aku mengundi waktu petang sebab memang tau waktu pagi memang ramai yang keluar mengundi. Mengundi di saluran 4 di Sekolah Kebangsaan Kuang.

Sekarang Selangor dikuasai oleh Pakatan Harapan manakala di Kelantan dikuasai oleh PAS. Negara pulak di kuasai oleh Pakatan Harapan. Barisan Nasional kalah teruk. Kiranya parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan.

Harapan moga dengan kerajaan baru menjadikan negara lebih maju dan dapat menjaga kepentingan rakyat.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...