Thursday, April 24, 2014

Karipap Gergasi

Minggu lepas, tetiba mak aku ajak pergi terjah Aroma Ikan Bakar. Katanya dah lama tak makan kat sana. Jadi lepas ambil anak-anak belajar Karate-Do, kami teruskan perjalanan ke Kuala Selangor melalui lebuhraya LATAR. Perjalanan jauh menjadi dekat dengan adanya lebuhraya.



Entri kali ni bukan nak cerita pasal makan di Aroma Ikan Bakar, tapi mengenai Karipap Gergasi. Sebelum ni pernah dengar juga ada rakan-rakan yang telah merasai kenikmatan karipap gergasi ni. Jadi bila dah terjumpa, sudah pastilah kami akan mencubanya. Kami terperasan gerai ni semasa dalam perjalanan pergi tapi kami singgah bila nak balik.

Memandangkan perut dah kenyang, jadi kami beli 3 biji karipap je. 2 karipap ayam dan 1 karipap daging. Saiz dia memang sangat besar. Masa dalam kereta anak-anak dah cuit-cuit karipap tu. Kami yang dah kekenyangan ni biarkan je anak-anak makan karipap tu. Tak banyak mana pun anak-anak makan. Bila nampak karipap lain dari yang lain, tu yang diorang berkenan nak mencuba.




Bagi aku, isi dalam karipap ni memang penuh.. bukanlah isi angin macam biasa tu.. Intinya pun ada rasa cuma, bila terlampau banyak kentang jadi muak pulak bila makan. Mungkin boleh letak setengah biji telur rebus bagi mengurangkan rasa muak bila makan tu. Kulit karipapnya pun tak tebal sangat tapi agak nipis sebab bila pegang je habis terkeluar isinya.

Akhirnya dapat juga merasa makan Karipap Gergasi ni. Mungkin kalau makan masa lapar, nikmatnya lain sikit kot. Bila dah kenyang memang takdelah rasa teruja sangat nak makan. Sesiapa nak merasa boleh dapatkan Karipap Gergasi betul-betul selepas Cendol Bakar di kedua-dua arah.

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...