Wednesday, April 2, 2014

Tiket Kapal Terbang Murah

Hari ini dapat email promo dari firefly dekat email. Aku pun memang jenis tak boleh nak tengok harga tiket kapal terbang yang murah ni. Mula-mula destinasi yang aku tengok sudah tentulah ke Kota Bharu. Kenapa aku pilih Kota Bharu? Mesti ada yang tertanya-tanya. Sebab aku ni memang asal usul dari negeri Selangor. Buat apa nak sibuk-sibuk nak cari tiket kapal terbang ke negeri Cik Siti Wan Kembang tu. 

Promo dari Firefly


Sebabnya aku ni kahwin dengan orang jauh. Memandangkan percutian balik kampung yang dirancang semasa musim cuti sekolah yang lalu terpaksa di batalkan, jadi aku bertekad yang cuti sekolah akan datang aku akan pastikan kami pulang ke kampung sebelah suamiku. Lagipun kami dah lama tak pergi bercuti. Sekurang-kurangnya bawa anak-anak naik kapal terbang untuk balik ke kampung, terubat jugalah hati anak-anak nak bercuti.Tapi tengok juga harga yang ditawarkan sebab kami ni keluarga besar. Sekali naik minimum 5 orang itupun kalau mak aku tak ikut. Jadi bila ada offer macam ni, kami memang tak lepaskan peluang sebab kos naik kereta pun sama atau lebih kurang je. Tapi naik kapal terbang banyak jimat masa dan tenaga .... :)


Aku memang paling suka naik Firefly kalau nak dibandingkan dengan Air Asia. Sebab utamanya lapangan terbangnya yang dekat dengan rumah aku. Jadi mudah dan jimat untuk sesiapa mengambil atau menghantar kami nanti. Sebab lain, dia punya airport takdelah kena jalan jauh macam Air Asia dan tangga kapal terbang rendah (senang untuk anak-anak dan orang tua). Selain dari tu, berat bag 20kg bagi seorang penumpang adalah percuma. Cuba kira kami berlima dapat 100 kg percuma. Ikutkan hati nak je angkut beras siam masuk dalam kapal terbang tu...




Yey... yey... akhirnya semua booking dah selamat dibuat. dan kami akan balik kampung pada 5hb Jun- 10hb Jun 2014. Walaupun lambat lagi, lebih kurang 2 bulan lagi, aku tetap seronok sebab sekurang-kurangnya aku dah ada plan untuk anak-anak sempena cuti sekolah akan datang. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan olehNYA..

Walaupun Tragedi MH370 masih segar dalam ingatan, aku teruskan juga niat untuk naik kapal terbang. Bukannya apa, bagi aku ajal dan maut semua ditangan ALLAH. Kalau dah termaktub bagaimana cara kita mati, kita tak dapat nak ubah apa-apa pun. 


Ingat nak cari tiket kapal terbang balik RAYA, tapi tiket promo semua dah habis.. kenalah balik naik kereta je...

6 comments:

  1. merancang awal cuti sekolah macam ni memang terbaiklah. Betul tu ajal maut Allah yang tetapkan..ada mengatakan kapal terbang jenderaan paling selamat didunia berdasarkan statistik yang dibanding kenderaan darat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat darat ni risiko kemalangan memang tinggi terutama musim cuti

      Delete
  2. saya juga pernah merasa naik firefly sekali ke KT. so far puas hati. kapal kecik...kdg2 rasa gerun juga. tp best...pengalaman baru. yg penting tak sakit hati mcm naik air asia.huhu...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ermmm... tak pernah try lagi ni...

    ReplyDelete

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...