Masih ingat tentang
Cabaran RM 50 yang aku pernah postkan sebelum ni. Memang kalau ikutkan agak sukar untuk terus Istiqamah melakukan satu benda yang baru. Bukan budak-budak je... orang tua pun sama juga.
Semasa aku kerja malam, aku bawak Iqbaal temankan aku sebab memang aku jenis penakut duduk office sorang-sorang waktu malam. Jadi bila dia ada sebagai peneman legalah sikit. Masa dia temankan aku tu haruslah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Aku printkan 2 muka surat
Cabaran RM 50 yang aku berikan pada dia untuk disiapkan sepanjang menemankan aku. Sebelum tu dah siap-siap kenyangkan perut dia supaya takdelah kelaparan masa nak siapkan
Cabaran RM 50 tu...
|
Menu Nasi Lemak menjadi pilihan |
|
Khusyuk mengira |
|
Hasilnya... satu salah dari 60 soalan |
|
59/60 |
Insyaallah akan cuba suruh anak-anak habiskan
Cabaran RM 50 ini secepat mungkin. Sehari minimum 1 muka surat tapi biasa aku suruh siapkan 2 muka surat...
No comments:
Post a Comment