Tuesday, July 4, 2017

Photoshoot di Aidilfiti

Tahun kedua outdoor photoshoot sempena Hari Raya ni. Beruntung ada adik ipar PhotoG ni sebab boleh tumpang sekaki untuk bergambar dengan hasil air tangan profesional.

Lokasi kali ni dekat tepi pantai juga tapi nama spesifiknya kurang pasti sebab ada drebar yang bawakkan kereta. Yang pasti lokasinya di Bachok Kelantan.

 Bukan senang nak ambil gambar dengan anak-anak kecik ni. Kalau sorang bersedia, lagi sorang tak reti duduk diam. Akhirnya terima jelah dengan hasil gambar yang ada.

Keluarga kami

Ibu & Bapa mertua
 Ada 3 keluarga takde dalam gambar sebabnya lambat sampai untuk sesi bergambar ni.Jadi ada keluarga kecil ni jelah.

Gambar ramai-ramai
 Macam biasa gambar anak-anak setiap sorang memang wajib ada sebagai koleksi sepanjang pembesaran diorang.


Muhammad Zulqarnain - 10 tahun

Muhammad Zul Iqbaal - 9 tahun

Muhammad Zulfiqar - 6 tahun

Muhammad Zulfiqri - 2 tahun
Selain gambar hasil tangan PhotoG, ada juga koleksi gambar yang aku ambil sendiri guna hp. 

Ada gambar sweet couple ni kan.. Baru perasan gambar dengan si kecik takde yang macam ni... nak buat macamana sebab dia pun tak habis melasak je.. tak leh nak ajak bergambar pun.






Lokasi penggambaran tepi pantai sebenarnya tapi PhotoG ambil gambar berlatarbelakangkan hutan. Kami anak beranak bergambar pula di tepian pantai. Pakai telefon je... tapi tak banyak sangat sebab bateri dah habis.. layan jelah gambar yang ada ye...

4 heroes

Our Family





Wednesday, June 28, 2017

Salam Aidilfitri


Macam biasa Hari Raya dan gambar memang tak boleh dipisahkan. Memang dah jadi perkara wajib untuk bergambar bersama kelurga setiap kali Raya.

Tahun ni patutnya beraya di Kelantan tapi atas permintaan mertua, kami beraya di Selangor dulu. Jadinya cuti raya ambil selepas Raya.

Tahun ni juga semua adik beradik aku ada. Seronok dapat bergambar dengan keluarga besar kami.

Jom layan gambar keluarga kami ye..

Team Kuning - keluarga aku

Team Biru - keluarga Abang Sulong

Team Biru Pekat - keluarga Kakak

Team Campuran

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni memang seronok. Nampak Mak pun happy bila semua anak cucu ada beraya bersama.

Jumlah cucu setakat ni seramai 10 orang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Monday, March 6, 2017

Peraduan Syoknya Cocopie : Kemenangan 2017


Alhamdulillah masih ada rezeki untuk menang hadiah peraduan tahun ni. Lama betul tak menang tapi macamana nak menang kalau tak rajin nak masuk atau hantar penyertaan. 

Peraduan ini berlangsung selama 3 bulan dari bulan Dec 2016 hingga Feb 2017. Tahu ada peraduan ni masa masuk bulan Jan 2017 dan tak sangka ada juga rezekiku di sini. Walaupun bukan atas nama sendiri.


Peraduan pun dah tamat. Tak sabar nak tunggu keputusan untuk bulan Feb 2017. Keputusan keluar pada 24hb Feb 2017.

Berdoa semoga namaku dan suami sangkut...

Aminnnn.......

 

Wednesday, February 15, 2017

Resepi : Kuih Keria

Teringin nak hasilkan kuih keria air tangan sendiri. Kebetulan minggu lepas kena pergi beli barang basah untuk seminggu, jadi terus cari bahan-bahan untuk buat kuih keria.
Bahan-bahan :-
1. Keledek
2. Tepung Gandum
3. Garam
4. Gula/Gula merah

Cara-cara :-
1. Kopek kulit keledek dan potong dadu supaya cepat lembut
2. Rebus keledek yang dah dikopek dengan air sampai lembut.
3. Toskan air dan biarkan sejuk
4. Lenyekkan keledek
5. Masukkan tepung gandum sikit-sikit. Letakkan garam sikit.
6. Bentukkan menjadi kuih keria.

Aku takde buat sukatan sebab main agak-agak saje. Memandangkan bukan nak makan sangat jari tu, jadi aku bekukan terus. Tak goreng pun.. susun supaya tak melekat antara satu sama lain.

Hari ni teringin nak makan keria terus keluarkan dan goreng. Ingat nak salut dengan gula merah tapi takut lambat jadi guna gula putih je...

Memang puas hati dari segi rasa dan kelembutan. Memang berbaloi buat sendiri.

Monday, December 19, 2016

Zulfiqar selamat dikhatankan






Awal bulan Disember hari tu kami buat keputusan untuk khatankan Zulfiqar. Ikut abang-abangnya yang memang disunatkan awal. Salah satu sebab nak suruh sunat awal adalah mudah kalau nak bawa ke Masjid. Dah tak perlu solat dibahagian belakang.

Masa dekat klinik ada juga budak-budak lain yang nak disunatkan. Tapi semua muka takut je tapi Zulfiqar memang takde langsung perasaan takut tu. Boleh pulak bergurau senda dan bermain dengan abang-abangnya sebelum masuk bilik doktor.
 

Patutnya Zulfiqar orang kedua, tapi bila dipanggil takde tak pasal-pasal jadi orang pertama. Aku memang tak masuk dalam tengok sebab rasa seriau je. Ayahnya je yang masuk dengan Iqbaal. Dari luar dengar suara menjerit. Macam sakit benar bunyinya.


Muka baru keluar bilik doktor. Sedih je muka tapi still masih control dengan tak menangis.


Ajak ambil gambar dengan abang pun tak nak pandang camera. Lepas settle semua, ayahnya belanja makan aiskrim satu sorang.

Berkhatan menggunankan clamp ni bagus sebabnya mereka still aktif bergerak. Takdelah asyik terbaring dan pegang kain je.

Hari kedua bersunat siap boleh pergi airport sebab hantar adik ipar yang nak balik ke Kelantan.



Siap berurut dengan kerusi urut lagi..

On the way balik dari airport boleh pulak singgah Star Avenue. Bila dah nampak mainan memang hilang semua rasa sakit. Tapi aku pulak risau takut bentan ke sakit ke..





Ni main gelongsor kat area food court.

Alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya dan takde sebarang masalah. Memang bersyukur sangat dan kalau ada yang nak khatankan anak-anak saya cadangkan supaya pilih yang menggunakan kaedah clamp.

P/s : Sekadar coretan untuk tatapan anak-anak bila besar nanti

 

Thursday, November 24, 2016

Hari Sukan Negara & Kejohanan Sukan Tahunan 2016

               
Pada hari Sabtu 8/10/2016 diadakan Hari Sukan Negara dan Kejohanan Sukan Tahunan di sekolah anak-anak. Menjadi kewajipan untuk aku untuk hadir. Terpaksa ambik cuti tapi demi anak-anak kena tolak gaji pun aku tak kisah. Sebab itu merupakan salah satu masa yang berkualiti untuk bersama anak-anak.

Dimulakan dengan aerobik dan diteruskan dengan sukaneka. Setiap satu darjah hanya ada satu sukan pada hari tersebut. Kiranya ada 6 sukaneka dan perbarisan.


Masa abang-abang bersukan, adik-adik memang tak boleh duduk diam. Aku lepaskan aje mereka bebas bermain dengan alam semulajadi.


Alhamdulillah anak-anak menang. Kalau sorang menang akan jadi masalah kat aku nanti sebab mesti sorang yang akan menangis. Tapi bila dua-dua menang muka masing-masing sangat happy.

Zulqarnain and team dapat tempat pertama.


Zul Iqbaal dapat  tempat kedua ke ketiga. Aku pun dah tak ingat dah.


Saja je untuk disimpan untuk dijadikan kenangan anak-anak pada masa akan datang.



Teh Tarik Madu

Sambungan dari cerita jalan-jalan di Kelantan, nak sambung satu lagi tempat menarik yang sempat kami singgah iaitu Kedai Pak Mat Teh Tarik Madu, Pulau Pisang. Kami singgah memang semata-mata nak cuba rasa kesedapannya sebab perut masih kenyang.

Macam biasa air segelas sorang. Harga segelas taklah murah sangat tapi bagi aku bolehlah sebab bukannya selalu minum pun. Mungkin sekali je kot ke sini melainkan lain masa ada lalu kat kawasan tu.

 



Tengoklah anak aku yang kecik menikmati kesedapan Teh Tarik Madu ni. Siap tak mahu lepas lagi.

Rasanya itu je perkongsiaan tempat menarik di Kelantan yang aku nak kongsikan setakat ni.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...