Saturday, March 14, 2015

Kemenangan 2015 : Peraduan P&G Econsave

Rezeki di bulan Mac dan jug tahun 2015. Dah lama tak masuk peraduan disebabkan kesibukan. Tapi kerajinan semula masuk peraduan sempena Tahun Batu Cina baru-baru ini membuahkan hasil. Ada beberapa kemenangan tapi nak kongsikan apa yang hadiahnya telah diterima.

Borang peraduan
Sebenarnya ni peraduan yang memerlukan slogan dan aku memang sangat lemah bila bab slogan ni. Disebabkan resit dan borang dah ada, aku isikan saja borang tu dan slogan aku buat secara spontan. 

Tak berharap sangat nak menang peraduan yang berasaskan slogan ni lagipun dengan pembelian dah dapat mangkuk tingkat CNY. Kiranya itu dah kira sebagai hadiah bagi aku.



Beberapa hari lepas dapat panggilan dan aku dapat hadiah saguhati RM 100 baucer Econsave. Hari ni dah selamat terima dan boleh pergi bershopping sambil usha peraduan lain... 

#kemenanganpertama2015

Friday, March 13, 2015

Team Building @ Lost World of Tambun

Kali kedua menjejakkan kaki ke sini tahun ni. Kali ni pergi menaiki bas bersama-sama dengan rakan sepejabat sebab untuk pertama kalinya kami akan mengikuti Team Building. Ada 29 orang je yang sertai program ni sebabnya kalau ramai pergi alamatnya tak jalanlah semua kerja kat ofis tu.


Ni bas yang kami naik. Sangat selesa dan memandangkan tak ramai peserta jadi bas kosong. Lagipun ada yang naik kereta sendiri untuk ke sana. Bas kosong sebabnya kami berhenti di R&R untuk sarapan pagi. Lepas sarapan aku terus naik bas sebab yang lain ada yang merokok dulu sebelum naik bas. Bila tunjuk anak-anak gambar ni mesti masing-masing akan menunjukkan reaksi keterujaannya sebab diorang sangat suka naik bas tapi agak susah untuk aku dan suami bawa anak-anak menaiki bas.


Ni bilik penginapan aku selama 3 hari 2 malam. Satu bilik kongsi dua orang. Biliknya selesa tapi kalau bawa family bagi aku agak kurang selesa sebab lantainya tiada karpet. Kalau bawa anak-anak aku lebih suka cari hotel berlantaikan karpet sebab senang anak-anak nak bergolek atau bermain kat bawah. Taklah sejuk kan...

Sampai je kat hotel, kami disediakan minum pagi. Walaupun dah makan di R&R tapi masih tetap makan apa yang disediakan. Aktiviti hari pertama aku tak ambil gambar pun sebab ada aktiviti yang melibatkan air dan aku malas nak fikir mana nak simpan bila aku buat aktiviti nanti. Lepas minum pagi terus ada aktiviti Ice Breaking dan menyiapkan bendera kumpulan dan juga War Cry kumpulan kami. Lepas tu makan tengahari dan balik ke bilik sebelum mulakan aktiviti di Lost World of Tambun. Kebanyakan aktiviti semua dibuat di dalam taman tema. Dari hotel ke taman tema hanya berjalan kaki je tapi bagi aku yang berbadan dua yang dah masuk 30 minggu ni agak mencabar nak berjalan kaki jauh ni. Tapi sebab tak boleh nak mengada-ngada sebab tiada suami di sisi, ku gagahkan juga.

Ni aktiviti hari kedua kami ddapatlah tunjuk gambar sebab hari ni punya aktiviti aku tak boleh buat jadi aku boleh bawa camera dan menjadi jurugambar. Pagi-pagi macam biasa sarapan pagi dulu dekat Garden Terrace Lost World of Tambun. Nak makan pun jenuh nak berjalan kaki tapi takpe lepas tu terus masuk Taman Tema untuk buat aktiviti.

Makan dulu
 Jam 9 pagi dah masuk dalam Taman Tema walaupun belum dibuka untuk pengunjung. Dari pintu masuk ke Team Building Park agak jauh juga bagi aku yang membawa muatan kat dalam perut ni. Macam biasa aku orang terakhir sambil menikmati pemandangan sekeliling kawasan. Walaupun jauh, tapi lihat pemandangan sekeliling hilang rasa penat.

Team Building Park

Ni semua ahli kumpulan aku. Majoriti lelaki je perempuan hanya ada 4 orang je.. Ni lepas penat berjalan rehat sekejap sebelum aktiviti bermula. Sebelum aktiviti berat, kena panaskan badan dulu. Aktiviti panaskan badan aku masih boleh sertai dan inilah hasilnya.. 

Kumpulan Blue Star

Muka diconteng bagi yang ada buat kesalahan. Rasa seronok hilang segala stress bekerja. Dah lama sangat tak sertai aktivit-aktiviti macam ni. Dulu masa zaman Universiti memang setiap hujung minggu buat aktiviti lasak.


Sebelum mula cabaran di dalam air, sudah tentu kena pastikan semua tak takut bila berada di dalam air. Ini adalah aktiviti untuk memberikan keyakinan kepada setiap peserta. Memang ramai yang jenis penakut bila masuk dalam air. Aku kat tepi kolam ni jadi tukang gelak jelah bila tengok gelagat masing-masing.


Selesai aktiviti sesi bergambar dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing. Sesi bergambar dengan ular lagi. Seram tengok ular tu sebab terbayangkan kalaulah dia mengganas agak-agak apalah yang terjadi agaknya ye..


Hari terakhir ada juga buat aktiviti. Memang setiap aktiviti yang diberikan banyak pengajaran di sebaliknya. Ini salah satu aktivitinya iaitu permainan 'The Mole'.



Kesimpulannya Team Building kali ni dapat berikan aku pelajaran yang banyak dan boleh digunapakai suatu hari nanti. Sebelum balik singgah beli buah limau barli dulu sebagai buah tangan untuk keluarga yang ditinggalkan kat rumah.








Tuesday, February 24, 2015

Kisah Zulqarnain

Tergerak untuk aku menulis entri ini sebagai kenangan buat aku sekeluarga berkenaan kejadian yang berlaku pada 23 Februari 2015. Macam biasa anak-anak ke sekolah disiapkan oleh sepupu mak aku yang mana menjemput anak-anak dari sekolah agama dan bagi makan dan siapkan anak-anak ke sekolah kebangsaan serta menunggu mereka untuk naik bas sekolah.

Bas biasanya sampai jam 12 tengahari dan anak-anak memang dah pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Lebih kurang hampir jam 1 petang Mak aku telefon mengatakan Zulqarnain baru jer balik rumah ambil buku sekolah yang tertinggal dirumah dan paling mendebarkan adalah dia balik menaiki kereta Waja berwarna putih. Aku memang agak fobia bila sebut kereta berwarna putih ni sebabnya kebanyakan kes penculikan melibatkan kenderaan berwarna putih.

Lepas dapat panggilan aku terus ke sekolah untuk pastikan samada kedua-dua anak aku dah berada di sekolah ke belum. Dalam hati risau Tuhan saja yang tahu. Dengan keadaan cuaca yang agak panas dan aku yang tengah sarat mengandung ni aku gagahkan juga menapak ke sekolah bagi memastikan anak-anak berada di sekolah. Sampai sekolah semua murid beratur di dalam kantin. Agak sukar untuk aku nak check waktu tu. Jadi aku ambil keputusan tunggu sampai semua murid beredar mengikut kelas masing-masing.

Mula-mula nampak kelibat Zul Iqbaal aku pun panggil dia dan tanya perihal abangnya. Dia kata abang balik naik kereta pakcik bas. Aku pun tak nak tanya banyak sebab dia dah nak masuk ke dalam kelas. Aku tunggu pula pelajar darjah dua pula. Alhamdulillah ada Zulqarnain di situ tengah seronok dengan sahabatnya Mia. Aku panggil dia ke tepi dan tanya serba sedikit padanya sebab aku tak nak mengganggu emosinya untuk belajar di sekolah. Setelah aku berpuas hati aku pun melangkah semula ke pejabat.

Kisah ini bersambung di meja makan dengan aku cuba mengorek lagi apa sebenarnya yang berlaku siang tadi sambil aku menasihati kedua-duanya.

Ummi : Abang dengan Iqbaal dah tak nak jumpa Ummi dengan Ayah ke?
Iqbaal : Kenapa pulak Ummi?
Ummi : Tahu tak kalau Abang dan Iqbaal ikut orang atau naik kereta orang yang tak dikenali, dia akan bawak lari Abang dan Iqbaal tau. Lepas tu terus tak boleh jumpa Ummi dan Ayah. Kalau orang bagi gula-gula pun jangan ambil tau.
Iqbaal : Pakcik tu tak bagi pun kitorang gula-gula Ummi...
Ummi dan Ayah : Senyum dalam hati je...
Ummi : Macamana Abang cakap nak mintak balik untuk ambil buku?
Zulqarnain : Diam seribu bahasa
Iqbaal : Abang menangis dalam bas Ummi... (mmm patutlah pakcik tu sanggup tolong hantar balik sebab aku tahu macamana keadaannya bila Zulqarnain menangis)
Nenek : Abang tak malu ke menangis depan kawan-kawan? 
Zulqarnain : Diam seribu bahasa

Dek kerana tak puas hati macamana tiba-tiba munculnya kereta Waja putih tu, ayah mengajukan soalan sehingga kami puas hati.
Ayah : Tadi mula-mula naik bas ke sekolah kan? Bila masa pula tukar naik kereta pulak?
Iqbaal : Mula-mula naik bas, pastu abang menangis nak balik. Lepas pakcik dah hantar semua orang pergi sekolah, pakcik balik rumah dia tukar kereta tu. Pastu pakcik hantar balik rumah untuk abang ambil buku.

Yang paling tak sangka sebabnya kami ingatkan hanya Zulqarnain je balik naik kereta tu, rupanya dalam kereta tu pun ada Iqbaal. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan aku masa tu. Akhirnya tiba bahagian yang kelakar adalah pakcik bas tu boleh pula tersilap hantar ke sekolah lain. Nasib baik pakcik tu tak tinggalkan anak-anak aku dekat sekolah tu. Dia turutkan je kata-kata anak aku. Rasanya lepas ni serik nak melayan kerenah budak-budak ni.

Sekarang ni setiap kali nak ke sekolah akan ada pesanan dari aku, suami aku atau mak aku. Risau keselamatan budak-budak tu. Aku pun rasa nak berhenti pulak bila terjadinya perkara macam ni. Biar sentiasa nampak aktivit anak-anak depan mata. Tapi belum ada rezeki lagi..



Wednesday, February 11, 2015

Cuti-Cuti : Water Park Legoland

Kali kedua menjejakkan kaki ke Legoland. Percutian yang memang tak dirancang awal sebabnya ini dianjurkan oleh geng-geng office para suami dan sudah semestinya si isteri ikut jelah ke mana nak pergi.


Seawal pagi dah keluar rumah. Rancang pukul 4 pagi keluar rumah tapi terlajak tidur. Lepas solat Subuh baru bertolak ke Johor. Alhamdulillah pukul 11 pagi sampai ke destinasi yang dituju. Kali ni ambik keputusan hanya masuk Water Park memandangkan aku yang memang dah tak larat nak banyak berjalan. Anak-anak kalau dengar je nama Legoland memang excited sangat-sangat.

Ni harga tiket masuk ke Legoland. Tak sempat nak cari voucher murah sebab dah kata last minit punya percutian. Jadi walaupun mahal masuk jugaklah bagi memuaskan hati dan menggembirakan hati anak-anak.


Macam biasa hero aku dua orang tu dah pandai bawa diri. Masuk air dah memang tak ingat nak makan ke minum. Tinggallah Zulfiqar sorang main lego-lego besar ni. Sikap ramah dia menyebabkan dia ada ramai geng nak main sesama.


Ayah main dengan anak-anak

Puas main lego, naik gelongsor pulak. Selain dari keluarga aku, ada juga keluarga rakan sekerja suami aku. Tapi diorang sampai lambat, jadi dapat main gelongsor sama-sama sekali. Nampak memang seronok sangat diorang bermain gelongsor. Ada banyak jenis gelongsor, rugi kalau tak cuba semua tapi ada juga yang anak aku tak boleh main disebabkan ketinggiannya. Takpelah lain kali bila dah besar sikit boleh cuba naik pulak. Ni antara gelongsor yang diorang naik. 



Selain dari tu ada wave pool iaitu kolam yang ada ombak. Dulu masa mula-mula pergi rasanya takde pool ni dan dulu juga tak sempat nak main gelongsor sebab bekejar nak main dekat Theme Park. Kali ni hanya pergi Water Park, jadi habis semua tempat kami terjah. Puas hati sangat sebab dapat merasa semua tarikan yang ada kat situ. Waktu operasi sampai pukul 6 petang, jadi pukul 6 petang barulah kami beransur pulang.


Kami bukanlah terus balik KL tapi tinggal di rumah salah seorang rakan sekerja suami. Jimat duit hotel dan makan.. Hehhehe... Tidur pun awal sebab badan dah penat sebab dari pagi tak berehat. Yang penting memanfaatkan seharian dengan aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak.

Friday, January 30, 2015

Sesi Tukar Hadiah

Sekarang office aku ni meriah sikit sebab dah ada aktiviti setiap bulan. Tema bulan ni adalah BULAT maknanya kena beli hadiah yang berbentuk bulat. Selain dari tu pakaian pun ada Tema warna iaitu hitam dan kuning.

Pagi-pagi nampak semua pakai mengikut tema nampak cantik pulak.. masing-masing berseri-seri memakai baju mengikut tema. Sesi makan-makan memang harus ada sebab itu memang perkara wajib yang perlu ada. Menu kali ini adalah nasi ayam dan ada yang sponsor 2 jenis lauk. Walaupun simple tapi semua happy dengan acara makan-makan ni.



Acara tukar hadiah ni, setiap orang kena beli hadiah bernilai RM 15 ke atas. Jadi masing-masing akan bertukar hadiah mengikut undian. Kali ini aku berikan jam dinding ala-ala English manakala aku dapat sehelai tudung. Bukanlah tudung tu berbentuk bulat tapi dibungkus menjadi bulat. Bagi aku takde masalah sebab kalau rasa hadiah tu tak sesuai untuk aku, ia akan jadi hadiah untuk orang lain pada masa akan datang.


Inilah penerima hadiah bertuah dari aku. Lupa pulak nak ambil gambar dengan orang yang empunya hadiah yang aku dapat.

Apa-apapun hidup nak kena happy. Makan apa yang boleh makan sebelum dah mula berpantang tak lama lagi.



Wednesday, January 28, 2015

Merah Menyala

Sempena sambutan Tahun Baru Cina dekat pejabat aku, setiap jabatan kena menghias mengikut tema Tahun Baru Cina. Aku dan staff di jabatan aku pun terlibat sama. Memandangkan staff aku majoriti perempuan, jadi ia tak jadi masalah kepada aku sebab orang perempuan memang sangat sinonim dalam hal deco mendeco ni.

Semalam merupakan hari penentuan siapakah pemenang untuk deko kali ini. Hadiahnya merupakan wang tunai.

Tempat Pertama : RM 1,000
Tempat Kedua : RM 600
Tempat Ketiga : RM 400
Hadiah Saguhati (5): RM 200

Kesimpulannya semua orang akan dapat duit tu, antara banyak dengan sikit jelah...
Ni kesemua bunga yang ada dalam department aku. Nampak tak siapa yang paling gemuk dalam gambar tu? Jadi diam-diam je jangan cakap apa-apa ye.. Memang warna baju masing-masing menyerlah sangat. Bab pakaian memang kami menanglah...


 Ini ketika menunggu semua juri datang untuk beri markah pada kami. Semua berbaris dan ucapkan "Welcome" pada semua orang. Teruja juri-juri tengok kami berbaris menunggu kehadiran mereka.


Dan akhirnya kami berjaya mendapat tempat keempat @ Hadiah Saguhati. Syukur sangat-sangat atas kemenangan kami. Paling suka bila nampak sikap kerjasama antara staff. Tunggu pertandingan akan datang untuk sambutan Hari Raya. Harapan agar kami dapat mendapat tempat pertama pulak.


Amin...


Saturday, January 3, 2015

Menyimpan dan Menabung

Tahun 2014 dapat ilnu menyimpan duit. Selain dari menyimpan duit bila dapat gaji, aku memang takde menyimpan. Tapi terbaca Petua Menyimpan dan aku cuba amalkan.

Alhamdulillah untuk selama beberapa bulan di tahun 2014, aku berjaya mengumpulkan sebanyak RM 360. Aku memilih untuk menyimpan note RM 20 sebabnya note tu jarang dapat. Memandangkan kena menyimpan duit yang digunakan untuk belanja bulanan, aku rasa pilihan note RM 20 adalah yang terbaik.


Tahun 2015 ni ingat nak tukar kepada note RM 1 dan akan dikira setiap bulan. Ini bagi melihat pencapaian aku dalam menyimpan. Bukan senang nak mulakan menyimpan jika tidak dimulakan dari sekarang.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...