Wednesday, December 18, 2013

Harga Tol Naik


Seperti biasa kita tidak terlepas dari kenaikan harga barang dan perkhidmatan saban tahun. Rasanya tahun 2013-2014 merupakan tahun kenaikan harga yang paling banyak sepanjang ingatan dan pengetahuan saya ni.

Sebelum ni harga gula naik..


Sebelum tu harga minyak petrol naik...

Kali ni harga tol pula naik. Bagi kami sekeluarga yang memang jarang menggunakan lebuhraya rasanya tidak memberi kesan sangat kerana tempat kerja kami yang berhampiran dengan rumah dan suami yang hanya menaiki motor untuk ke tempat kerja walaupun masih menggunakan lebuhraya. Lainlah sekiranya penunggang motor pun dikenakan tol pada masa akan datang Wallahualam...

Bising-bising pun tak guna. Sebagai memteri kewangan keluarga sendiri harap-harap dapat merancang perbelanjaan berkhemah disamping menambahkan pendapatan.


No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...