Wednesday, September 24, 2014

Cuti-cuti : Mandi Kolam Air Panas

Cuti panjang tak sah kalau tak pergi bercuti ke mana-mana. Percutian ni memang dah dirancang awal-awal. Aku dah siap booking penginapan dekat Felda Residence Hot Springs. Ni pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini begitu juga suami dan mak aku. Tapi suami aku selalu berkursus di Felda Residense Trolak. Walaupun jarak antara kedua-duanya taklah jauh sangat tapi  tempat yang akan kami tuju ni agak ke dalam sikit memandangkan masuk ke kawasan perkampungan Felda. Dari jalan besar ke dalam adalah dalam 9km. Nampak macam dekat tapi sebab menempuh kawasan kelapa sawit, perjalanan masuk ke dalam tu aku rasa agak jauh.


Sampai lebih kurang dalam pukul 11 pagi kurang 2 jam perjalanan dari rumah melalui highway. Walaupun masih awal, kami terus saja mendaftar masuk sekiranya ada bilik kosong tapi takde pun. Waktu Check in pukul 3 petang, takkan pulak dia nak bagi masuk awal pulak kan, cuma jimat untuk tiket masuk ke kawasan Hot Springs sebab dapat 2 free tiket untuk 2 orang untuk dua hari. Nasib baik tak terus pergi mandi, kalau tak kena bayar entrance fee. Walaupun dapat 2 tiket free, kena juga beli untuk 2 orang anak dan mak aku. Lepas selesai urusan pembayaran, kami buat keputusan untuk pergi makan dulu tapi sepanjang perjalanan masuk macam takde kedai menarik untuk disinggah. Tapi nak tak nak cari je kedai yang terdekat. Sedap atau tak itu dah belakang kira. Memang nasib tak berapa baik kedai yang kami singgah tu memang sangat mendukacitakan.

Takpelah makan malam nanti cari tempat yang best sikit untuk makan. Lepas makan, kami terus ambik baju untuk pergi mandi-manda memangdangkan waktu check in lambat lagi. ia ada dua jalan untuk masuk ke kawasan Hot Springs, satu terus dari kawasan penginapan dan satu lagi menaiki kereta dan ada satu laluan masuk untuk pengunjung yang hanya nak ke Hot Springs. Kami ambil keputusan berjalan kaki je dari kawasan penginapan sebab cuaca yang redup tapi cuma jauh sikit bagi mak aku. 

Kawasan untuk buat aktiviti
 Masa kami ada kat sini ada satu kumpulan tengah buat aktiviti team building. Dah lama tak buat aktiviti macam tu tapi kesian tengok orang-orang yang dah agak berumur buat aktiviti team building ni. Banyak juga aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Buat Hari Keluarga kat sini pun macam best sebab banyak tempat untuk diadakan aktiviti bersama keluarga. Aktiviti memanah pun ada kat sini tapi bayaran dia aku kurang pasti sebab matlamat kali ni nak mandi manda je.

Restoran Meranti
 Dalam pakej kitorang tu termasuk sekali dengan sarapan pagi. Nilah tempatnya. Makanannya ok lebih kurang sama je dengan hotel-hotel lain cuma pilihannya agak terhad. Tapi bagi aku dah memadainya dengan menu yang disediakan. Kalau nak keluar cari sarapan baik kuburkan jelah niat tu sebab bukannya dekat nak keluar dan makanan pun belum tentu sedap.

Masa hari pertama sampai kami terus tuju ke kawasan air sejuk tapi airnya takdelah sejuk sangat sebab masa tu matahari pun dah terpacak dekat atas kepala. Lepas mandi kat air sejuk masuk pula kolam air panas suhunya 30-35 C. Lama gak kat sini sebab sambil-sambil tu bagi anak-anak makan maggi Cup yang dibeli dekat kedai-kedai kat dalam ni. Lepas tu terus balik hotel memandangkan masing-masing dah kepenatan.

Hari kedua, lepas Subuh kami dah turun bawah menikmati angin pagi yang sangat segar. Angin dia memang kuat sangat dengan bunyi daun-daun pokok kelapa sawit memang best. Lepak-lepak dulu dekat kerusi-kerusi yang ada dekat situ. Rugi kalau tak menikmati keindahan pagi kat situ. Lepas dah puas melepak, masa untuk sarapan. Kami antara pengunjung terawal yang bersarapan. Takdelah bersesak sangat dengan orang lain, lepas tu barulah mula ramai yang datang untuk bersarapan. Selesai sarapan, balik bilik tukar baju dan terus pergi mandi. Kali ni berendam dalam kolam air panas dulu.

Rupa-rupanya Zulfiqar tak suka mandi kolam air sejuk, dia prefer mandi kolam air panas. Tengok muka seronoknya dapat mandi air panas. Zulqarnain dan Zul Iqbaal suka mandi air sejuk pulak. Nampaknya kenalah ganti-ganti mandi kat kolam air panas dan air sejuk.

Zulfiqar happy dapat mandi air panas
 Kolam air panas banyak kat sini. Setiap kolam ada suhu tersendiri terpulang kepada tahap ketahanan anda pada suhu tersebut. Anak-anak takut nak berendam dalam kolam sebab ayahnya takutkan nanti "Telor masak". Hahaha... lawak betullah diorang ni.

3 beradik takut berendam dalam kolam air panas

Suhu 35-40 C

Hero-hero kesayanganku
 Selain dari tempat mandi, ada juga tempat merebus telur tapi kami tak join pun merebus telur kat sini sebab aku rasa loya dengan bau telur yang sangat kuat dan hanyir. Ni waktu pagi takde lagi orang merebus telur. Kalau tak, memang sentiasa penuh kawasan ni. Kalau ada yang nak rebus telur tak payah sibuk bawak telur sebab kat sini pun ada jual.

Tempat rebusan telur
 Tempat rebusan telur terletak ditengah-tengah antara kolam air panas dan air sejuk. Di kolam air sejuk ada gelongsor, itu yang sebabkan anak-anak suka nak mandi kat sini.

Kawasan Air Sejuk
 Dah puas mandi kolam air sejuk, masuk sekali lagi dalam kolam air panas sebelum terus balik ke bilik. Masa ni jumpa ada sepasang kembar yang baru 2 bulan. Sangat comel dan kecik-kecik dah mandi kolam air panas. Mak aku siap cakap kalau dia takde nak bagi mandi kolam kecik-kecik macam ni. Hehehehe... itulah mak aku yang penuh dengan pantang larang.

2 baby kat sebelah mak aku

Anak-anak lepas bebas mandi manda kat sini

Mak aku pegang salah sorang baby tu

Lupa pulak nak cerita kat mana kami cari makan untuk makan malam. Lepas solat Asar kami terus keluar untuk makan malam. Hajat nak cuba makan di Restoran Ayam Herbal di Bidor tapi tutup pulak. Terpaksa mencari tempat lain dan akhirnya singgah di Restoran Seafood tapi tak ingat namanya dan tak sempat nak ambil gambar. Alhamdulillah makanannya sedap sangat sampai anak-anak berselera makan. Restoran ni kat tepi sungai je dan dekat dengan persimpangan nak ke Lumut/Pulau Pangkor.

Insyaallah lain kali nak pergi lagi tapi nak sewa banglo dan bawak ahli keluarga yang lain. Kat Banglo ada private kolam air panas kalau tak silap. Semoga dilimpahkan rezeki untuk ke sana.

Amin... 

1 comment:

  1. bestnyer..
    suka pegi tempat2 camni..
    seronokla budak2 ni main air

    ReplyDelete

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...