Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha di sambut sederhana

Tahun ni tak balik kampung suami untuk menyambut Aidiladha. Mana taknya cuti hanya sehari je, kalau balik pun buang masa kat atas jalan raya je. Tengok dekat FB ramai rakan-rakan yang tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Kami sekeluarga pernah berpengalaman duduk dalam kereta selama 24 jam semasa pulang berhari raya ke Kelantan 2 tahun lepas. Sampai betul-betul di pagi raya jadi memang takdelah nak berhari raya masa tu. Sampai rumah terus qada' tidur.

Oklah tahun ni seperti tahun-tahun lain kalau tak balik kampung, kami sekeluarga akan sertai program korban anjuran Surau berhampiran. Kali ni ada 4 ekor lembu yang akan dikorbankan. Mak aku mengambil satu bahagian manakala aku dan suami ambil keputusan untuk membuat korban di Kemboja. Tak kisahlah kat mana ibadah korban dilaksanakan yang penting niat kat dalam hati tu.



Kami anak beranak lepas selesai solat Aidiladha di masjid terus bawa anak-anak ke surau untuk melihat acara penyembelihan lembu. Bagi Zulqarnain dan Zul Iqbaal ni satu aktiviti yang diorang suka, sampai je terus meluru ke tempat penyembelihan manakala Zulfiqar masih takut-takut bila nampak lembu. Memandangkan kawasan sembelihan di kawasan berbukit, jadi aku dan Zulfiqar duduk kat bawah bukit je. Anak-anak lain dan suami jadi saksi kat atas bukit tu.






Acara melapah daging korban dilakukan oleh kaum lelaki. Kaum wanita hanya menyediakan menu untuk makan tengahari sahaja. Selain itu menjadi semangat kepada sang suami yang kuat berusaha membantu melapah lembu-lembu tu. Selesai melapah dan solat Zohor, kami makan tengahari beramai-ramai pula. Biasanya daging dimasak sup tapi kali ni dimasak gulai kari pula. Memang sedap tapi memandangkan ini daging fresh aku tak berani makan banyak memandangkan aku baru je berbadan dua.

Selesai sudah sambutan Hari Raya Aidiladha kami yang serba sederhana.






2 comments:

  1. alhamdulillah...
    salam aidiladha dari lya..

    apa y penting kesederhanaan..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aildil adha, seronok dpt join korban, jaga kesihatan ya ida

    ReplyDelete

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...