Sunday, March 23, 2014

9 minggu ditakdir bersama

Alhamdulillah diberikan kesempatan selama 9 minggu untuk merasakan menjadi ibu mengandung. Walaupun ini merupakan kali ke4 aku diberikan keistimewaan untuk merasainya, ia tetap menjadi pengalaman berharga buat diriku.

Seperti biasa kitaran haid aku adalah tetap setiap bulan. Jadi, bila lambat beberapa hari dari tarikh jangkaan aku sudah jangkakan bahawa diri ini sudah berbadan dua. Tanpa pengetahuan suami aku membeli 'kit pregnancy test'. Konon-konon nak jadikan suprise...

Setelah buat ujian, memang sah aku mengandung. Kesyukuran dipanjatkan atas rezeki yang diberikan.

Buku Pink


Seperti biasa aku membuka buku pink di klinik berhampiran. Kebetulan ketika tu membawa ibuku pergi check up di klinik. Memandangkan berat badan aku yg melebihi BMI, maka aku diberikan appointment lagi sebulan dan disuruh minum air gula.
Ketika usia kandungan 8 minggu
Pada 11 Mac 2014 terdapat sedikit 'discharge' bewarna coklat. Keesokannya aku ke klinik untuk memeriksa keadaan kandungan. Alhamdulillah Doktor mengatakan segalanya ok. Keadaan kantung dan rahim aku seperti biasa dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 'Discharge' masih terus keluar setiap hari walaupun tidak banyak dan bukannya 'fresh blood'.

Pada tanggal 18 Mac 2014 aku ke klinik seperti yang telah ditetapkan. Selesai urusan dengan jururawat, aku dirujuk untuk berjumpa Doktor. Semasa scan, doktor sudah menjangkakan bahawa kemungkinan aku keguguran kerana saiz kantung yang tidak bulat dan tiada degupan jantung.

Aku pun diberikan surat rujukan ke Hospital Sg Buloh di jabatan EPAU. Bagi aku yang tak tahu senarai dept di Hospital memang pening nak mencari dept EPAU. Rupanya itu adalah merujuk kepada Dewan Bersalin. Apalah salahnya doktor terus bagitahu pergi ke Dewan Bersalin. Takdelah aku nak berpusing satu hospital.

Di Hospital hati semakin berdebar-debar. Maklumlah pengalaman pertama mengalami situasi sebegini. Waktu menunggu takdelah lama sangat. Doktor memeriksa seperti biasa cuma kali ni perlu diperiksa dari bahagian bawah untuk kenalpasti penyebab discharge. Tetapi masih tidak dapat dikenalpasti sebabnya. Doktor bagi pilihan samada untuk terus check menggunakan satu alat di bahagian bawah atau tunggu lagi 2 minggu. Aku memilih untuk menunggu lagi 2 minggu.

Walaupun dalam hati memang sangat sayu memikirkan apa yang akan terjadi, aku tetap kuatkan semangat apabila berhadapan dengan anak-anak. Tapi bagi aku selepas segala ujian yang diberikan baru ku sedar betapa perlu lebih menghargai apa yang sedia ada di depan mata. Kasih sayang untuk anak-anak bertambah-tambah.

Pada hari Khamis 20 Mac 2014 aku ingin mendapatkan 2nd opinion dari klinik panel dan doktor menyarankan untuk tunggu sahaja seperti yg disarankan oleh doktor.

Pada 21 Mac 2014 aku mula rasa lain macam sebab sekarang sudah mula keluar 'fresh blood' seperti datang haid. Sakit seperti senggugut juga mula dirasai. Aku pun mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar sakit puan di Putra Medical Centre.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan apabila doktor yang bertugas ketoka itu adalah doktor perempuan. Dr Wan Ratna namanya. Aku memang puashati setiap kali mendapatkan khidmat darinya. Beliau juga mengesahkan bahawa kandunganku tidak dapat diselamatkan dan dalam proses untuk turun. Beliau memberi pilihan samada untuk tunggu ia turun sendiri atau terus membuat DNC.

Aku memilih membuat DNC kerana tak sanggup untuk menunggu lebih lama dan tak sanggup melihat darah yang keluar. Tepat jam 3.30ptg aku masuk ke bilik operasi dan semuanya selesai dalam masa setengah jam. Tanpa perlu tinggal lebih lama di hospital, aku boleh terus balik setelah boleh bangun dan ke tandas.

Pengalaman pertama dan harapnya terakhir bagiku dalam menghadapi keguguran. Aku lebih sanggup merasai sakit beranak daripada sakit akibat keguguran. Tapi itu semua kuasa Allah. Moga coretan ini menjadi kenangan buat diriku sekeluarga.

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...