Monday, March 24, 2014

Hikmah Keguguran

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulaah yang terjadi padaku sekeluarga. Disebabkan keguguran, aku dapat cuti selama seminggu. Kebetulan jatuh ketika waktu cuti sekolah. Memang aku sangat bersyukur dapat meluangkan masa bersama anak-anak sepanjang seminggu cuti persekolahan.

Bangun pagi hati ni terus suruh anak-anak siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru khas untuk disiapkan sewaktu cuti sekolah.


Walaupun muka masing-masing muka baru bangun tidur, tapi nampaknya lebih fokus untuk menyiapkan kerja sekolah. Nampak tak budak yang tengah-tengah tu. Nampak khusyuk betul menuliskan. Mana taknya dia nampak abang-abang menulis, dia pun sama-sama excited nak belajar sama.


Macam biasa anak-anak ni bukan boleh sangat berlama-lama kalau belajar. Dia cepat bosan. Dapat siapkan sikit pun dah kira bagus dah. Lepas tu masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang main origami dan macam-macam aktiviti lain.


Bila dah dapat duduk rumah ni memang rasa dah tak nak kerja dah. Maksudnya nak bekerja dari rumah dengan lihat perkembangan anak-anak depan mata. Seronoknya bila tengok anak-anak makan dan main bersama. Walaupun asyik bergaduh. Sepanjang cuti ni nampaknya kena merancang masa depan yang lebih baik untuk kami sekeluarga.

Moga Allah permudahkan perancanganku untuk membesarkan anak-anak sebaik mungkin.


1 comment:

  1. seronok kan duk umah dpt handle anak2, take care da, ada hikmah di sebalik semua yg berlaku

    ReplyDelete

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...