Thursday, March 13, 2014

Menang : RM 100 voucher AEON


Hari tu ada pergi jalan-jalan dengan family ke AEON, sekali terjumpa contest yang kena membuat pembelian RM 25 produk Glade ni. Mula-mula tak nak join tapi bila difikir-fikirkan balik rugi pulak tak join. Jadi aku pun saja-saja sertai. Tapi semua benda yang aku beli tu aku dah jual pada budak office. Aku cuma ambik satu je.. 

Alhamdulillah hari ni dapat call dari organiser.. aku berjaya dapat hadiah saguhati bernilai RM 100. Terubat juga hati ni bila dah lama tak menang-menang. Macamana nak menang kalau masuk pun tak berapa nak rajin. Kalau tengok geng-geng comper semua hebat-hebat sebab ada yang dapat kereta, menang percutian dan pelbagai jenis gadjet... Cemburu tengok tapi kalau kita hanya cemburu dan tak buat apa-apa pun tak guna juga...

Nampaknya lepas ni kena rajinkan diri sertai lebih banyak peraduan. Supaya bila tengok kawan-kawan menang kita takdelah ternganga....

Ada ke kawan-kana kat sini yang suka join peraduan macam saya?

1 comment:

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...