Wednesday, March 5, 2014

Seronoknya dapat naik bas

Alkisahnya hari ini anak aku ada misi lawatan ke Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Cuba bayangkan bahawa budak tadika pergi buat lawatan ke sana. Kalau nak ikutkan jauh tu.. dari Selangor ke Perak tanpa ibu bapa bersama-sama. Lawatan ini terbuka kepada semua pelajar 4, 5 dan 6 tahun sahaja. Kiranya lawatan ni wajiblah.. Kalau tak pergi lawatan tak payah datang sekolah. Pening gak kepala nak campak mana pulak anak aku kalau aku tak bagi sertai lawatan tu kan?

Anak aku ni memang sangat teruja nak pergi dari minggu lepas lagi. Menghitung dari sehari ke sehari. Semalam kemuncak menunggulah kiranya. Masa aku ambik dari sekolah dia dah mula buat perancangan dari malam ni sampai ke esok pagi. Dia siap cakap Teacher pesan suruh tidur awal (Zul Iqbaal ni memang sejak sekolah pagi ni memang tidur paling awak 11.30 malam). Jadi malam ni patutnya tidur pukul 9 malam tapi mata dia tak boleh lelap. Jadi pukul 10 malam baru tertidur.

Bangun pagi pulak, pukul 6.15 pagi dah bangun. Senangnya nak suruh bangun hari ni. Kalau tak.... (jawab sendiri jelah kan )...  Sekali bangun terus bangun dan masuk tandas untuk mandi. Sebab kena berkumpul di sekolah pukul 7 pagi. Jadi dah bersiap2, aku bekalkan air, biskut tiger (kegemarannya) dan sedikit bihun goreng (beli je) sebab takut jugak budak-budak ni lapar dalam bas. Kiranya sebelum 7 pagi dah hantar ke Tadika tapi bas tak nampak lagi. Tanya Teacher kat situ dia kata mungkin dalam pukul 7.30 pagi kot. Aku pun dah hantar terus balik rumah sbb nak uruskan si Zulqarnain ke Sekolah Agama.

Tengah beratur nak naik bas

Lepas hantar Zulqarnain, aku terus ke Tadika anakku semula nak tengok dah bertolak ke belum. Rupanya diorang tengah berkumpul dan beratur kat depan sekolah. Bas pun dah ada 2 buah kat depan tu menunggu pelajar-pelajar tu naik je. Zul Iqbaal excited bila nampak aku datang. Ingatkan aku je yang ada perasaan bercampur baur nak lepaskan anak. Rupanya ramai ibubapa lain yang menunggu anak masing-masing.

Ni Teacher Azizul yang akan handle 3 orang pelajar sepanjang lawatan
Masa untuk naik bas

Dapat seat depan sekali ok. Rasanya aku je parents yang naik bas untuk ambil gambar

Aku memang tunggu sampai bas bergerak baru aku balik. Sempat juga aku belikan 2 kotak air milo untuk anak aku. Sebab risau kalau lapar sepanjang perjalanan. Duit pun aku ada berikan sikit sebab takut juga kalau dia nak berbelanja. Bagi duit singgit-singgit bagi senang bila nak bayar nanti. Iqbaal ni aku tak risau pasal nak bayar sebab aku memang dah biasakan dia untuk bayar setiap kali ke kedai.

Muka happy tak ingat
Petang ni tak sabar nak dengar celoteh dia mengenai pengalaman sepanjang hari ni.

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...