Saturday, May 31, 2014

8 bukan 7

Sebelum ni aku ada buat entri pasal ulangtahun perkahwinan. Sekali tersilap kiralah.. Sebenarnya dah 8 tahun tapi tersilap kira.. Nasib baik suami aku tak baca. Hehehe...

5 penebar roti canai

Pagi ni tak tahu nak masak apa sebab setiap hari dah masak sarapan. Macam biasa anak-anak request roti canai setiap hujung minggu. Kedai yang aku pergi ni memang sentiasa penuh disebabkan roti canai dan kuahnya yang sedap.

Bayangkan ada 5 penebar roti canai dalam osatu kedai. Memang aku respek dan bahagian paling best orang Melayu yang tebar ok... Tak silap anak beranak yang tebar roti canai ni. Dulu ada gak mak dan bapa dia tebar tapi sekarang semua muda-muda je yang tebar dan kemungkinan besar anak-anak dia.

4 penebar

Seorang lagi penebar

Selain dari roti canai ada juga jual menu yang lain. Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Laksam, kuih muih dan segala bentuk sarapan pagi ada kat sini. Jadi one stop centre. Tak perlu pergi kedai lain cari. Tapi killer produk tetap roti canai sebab kuah dia sedap memang berbeza dari tempat lain.

Bahagian kuih muih dan nasi bungkus


Semoga lebih banyak usahawan makanan Melayu Islam berjaya macam diorang ni.

Kek punya hal

Hari tu kebetulan seorang rakan ofis belanja makan tengahari disebabkan kenaikan pangkat. Kami memilih Secret Recipe sebagai destinasi kami. Lepas habis makan siap tapau sorang sepotong kek lagi. Konon-konon nak minum petang di ofis. Sekali tak sempat habis aku pun bawak balik.

Anak-anak makan sikit je, bila aku tanya nak lagi diorang kata tak nak jadi aku habiskan jelah. Sekali pukul 10 malam Zulfiqar bertanyakan kek tu mana. Bila kata dah habis punyalah meraung. Nak cari mana dah malam kedai kek semua dah tutup.

Esoknya kebetulan keluar makan tengahari, jumpa kek coklat dan belikan untuk dia. Bila bawak balik punyalah seronok dia. Hilang rasa bersalah dibuatnya bila dah penuhi permintaan dia.




Tengoklah betapa seronoknya dia bila dapat kek idamannya.. Bila anak seronok aku pun lagilah seronok. Siapa tak suka anak dia happy? Cuba angkat kaki sikit.. :;

Tuesday, May 27, 2014

Ulangtahun ke 7


Pejam celik, pejam celik sekejap jer dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Tanggal 27 Mei 2006 aku diijabkabulkan dengan suami tersayang Mohd Asrul Hisyam. Pelbagai suka duka dalam mengharungi kehidupan bersama. Dikurniakan 3 cahaya mata yang hebat yang menambah seri kehidupan kami.

Moga hubungan ini berkekalan hingga ke Syurga. Amin..


Monday, May 26, 2014

3 waktu dilarang mandi


3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.

B. Setelah Maghrib.

C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Kalau nak tahu sebabnya boleh baca kat SINI.

Saturday, May 24, 2014

Jangan perlekeh Si Tukang Cuci

Hari Sabtu seperti biasa aku kena pergi kerja tapi setengah hari jelah. Pagi ni kakak cleaner office datang ambil sampah dan vakum ofis aku memandangkan bilik aku dah berselerak sebab anak-anak datang temankan aku kerja malam semalam. Memang setiap kali kerja malam, anak-anak dan suami akan menjadi peneman aku. Sambil meneman aku tu banyaklah aktiviti yang dibuat dan salah satunya adalah makan dan menyepahkan bilik aku.

Cerita pasal kakak tukang cuci ofis aku ni, tadi berbual bilangan anak, dia pun bercerita yang dia pun ada 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Katanya dia kahwin muda 15 tahun dah berkahwin. Sekarang anaknya dah berumur 21 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti di tahun dua. Terkejut aku bila mendengarkan yang anaknya bakal menjadi seorang graduan dan ibunya bekerja di Malaysia sebagai tukang cuci bagi menyara kehidupan anak-anak di Indonesia.

Satu perkara lagi yang aku respek dengan dia adalah dia merancang keluarganya. Walaupun beliau tidak berpelajaran tinggi, beliau masih inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ialah kalau banyak anak tapi tak terbela tak boleh jugakkan. Maksudnya dia tahu yang dia susah, jadi kalau anak-anak berderet-deret banyak benda yang nak difikirkan untuk setiap anak iaitu makan, minum, pakaian dan pendidikan. Memanglah setiap anak tu ada rezeki masing-masing tapi kalau ibu bapanya tak berusaha bagaimana pulak rezeki tu nak datang. Betul tak?

Banyak juga iktibar yang aku dapat pagi ni hasil perbualan dengan kakak cleaner ni. Jadi janganlah sekali-kali kita memandang rendah tukang-tukang cuci ni sebab aku selalu nampak orang-orang 'kita' ni sangat kurang menghormati mereka yang bekerja di dalam bidang ini.

Wallahualam..

Friday, May 23, 2014

Jalan-jalan di Danga Bay

Lama betul aku nak sambung entri percutian aku baru-baru ni. Bukannya apa, mood nak mengarang ayat tu takde dengan kesibukan kerja di ofis membuatkan malas sungguh aku nak menaip. Oklah sambung cerita setelah selesai makan di Delizio Pizza, kami tak tahu nak ke mana. Bertanya dengan orang Johor tempat-tempat menarik untuk dilawati pun mereka sendiri tak tahu kemana destinasi yang perlu dicadangkan.

Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk memandu di pesisir pantai je sambil-sambil tu aku search di Google mana tempat menarik di sekitar Danga Bay. Alhamdulillah tak sia-sia usaha aku menggunakan pakcik Google sebab kami terjumpa tempat menarik ni. Aku pun tak ingat aku baca dari blog mana jadi aku tak dapatlah nak bagi kredit kepada tuan punya blog tu. Tempat yang kami tuju tu adalah Country Garden. Kalau orang yang tak tahu memang takkan singgah tempat ni sebabnya sekarang tempat tu tengah dalam pembinaan, jadi diselindungi dengan zink-zink tapi ada kawasan menarik di tengah-tengah tu.

Dari website Country Garden
Mula-mula bila turun kereta masih belum nampak lagi tempat yang menarik untuk anak-anak bermain. Bila jalan masuk ke dalam sikit barulah ternampak taman permainan untuk kanak-kanak. Macam biasalah bila anak-anak dah nampak taman permainan, alamatnya berkampung jelah kami kat situ. Tapi seperti biasa lepas anak-anak dah puas 'sikit' main, aku mengajak berjalan di pesisir pantai. Pemandangannya memang sangat cantik dan aku suka. Terasa macam tengah lepak di tepi pantai di luar negara gamaknya.

Bahagian depan

Kawasan Taman Permainan

Sonoknya menggelongsor


Pemandangan kawasan tepi pantai yang best. Mak aku boleh lepak-lepak dekat bawah pondok kecik tu sebab dah penat kaki berjalan. Kami pusing ke kawasan sekitar. Memang sangat menenangkan jiwa bila berada dekat tempat macam ni. Feeling-feeling macam tengah bercinta gitu... hahahaha...  

Ditepian pantai
Masa kami sampai kat sini, baru je lepas hujan, jadi nampak semua pokok segar je dan pasir pantai pun lembab je. Semua pokok kat sini dijaga dengan rapi. Rumput pun tak boleh pijak ok. Kalau pijak nanti ada security yang akan meniup wisel. Nasib baik masa anak-anak main atas rumput security tak nampak. Kalau tak memang harus aku lari tak mengaku anak... :)

Anak-anak main balik di Playground

Nenek dan cucu-cucunya
Puas anak-anak bermain kat sini. Sekurang-kurangnya kami dapat singgah tempat yang menarik di Danga Bay ni. Lepas ni nak pergi Jalan-Jalan Cari Makan (walaupun perut masih kenyang dengan Delizio Pizza) sebab malam pulak aku nak jumpa kawan ofis lama kau yang dah berpindah ke Johor bertahun tak berjumpa.

Masa kami berjalan ke tempat parking kereta, jumpa dengan replika sotong, ketam dan tiram (ada mutiara dalamnya). Anak-anak bila dah jumpa benda yang pelik sukalah nak explore terutamanya Muhammad Zul Iqbaal.

Cubaan mengeluarkan mutiara tapi tak berjaya

Ketam Gergasi

Tapi memang replika yang ada kat sini semuanya nampak macam original je. Lagi satu aku suka sangat tengok landscape di setiap sudut di sini. Teringin nak buat lanskap macam tu kat rumah.. hehehe.. berangan jelah..




Wednesday, May 21, 2014

BUKU : Screaming-Free Parenting


Siapa pernah baca buku ni? Baru selesai membaca buku ni setelah mengambil masa hampir sebulan menghabiskannya. Bukan tebal sangat pun buku ni tapi dengan sikap aku yang tak konsisten membaca yang menyebabkan lambat habis.

Apa yang aku dapat hasil dari pembacaan ini adalah kesilapan yang aku sebagai ibu kepada anak-anak aku dan bagaimana caranya untuk aku perbaiki segala kesilapan tersebut. Zaman sudah berubah jadi cara mendidik anak-anak juga perlu berubah. Siapa yang berubah dulu? Sudah tentu ibubapa yang perlu berubah terlebih dahulu kerana tugas mendidik anak-anak terletak di tangan kita sebagai ibu bapa.

Buku ini adalah keluaran PTS dan ditulis oleh Teguh Iman Perdana. Hanya RM 13 senaskhah tapi dapat banyak ilmu yang boleh dipraktikkan. Nilai ilmu di dalamnya memang tidak ternilai dengan wang ringgit. Antara mahu dengan tidak je untuk mendapatkan buku ini.

P/S : Mula mendidik diri untuk rajin membaca agar mudah untuk mendidik anak-anak rajin membaca. Kalau Umminya malas membaca macamana anak-anak nak rajin membaca kan... Bak kata pepatah "Kepimpinan melalui Tauladan"

Tuesday, May 20, 2014

2nd Photobook : Percutian ke Legoland

Tak sabar rasanya nak dapatkan photobook kedua aku selepas berjaya menghasilkan photobook pertama sebelum ni. Voucher ni dah beli lama di Groupon masa promo RM 5 satu photobook. Aku beli 3 voucher, satu dah redeem untuk buat photobook Zulfiqar, ni baru nak guna voucher kedua untuk menyimpan memori kami ke Legoland baru-baru ni.

Cover Album

Kalau nak ikutkan tak cukup 16 muka surat untuk memuatkan semua memori di Legoland tu. Tapi cukuplah pilih gambar-gambar yang betul-betul menarik dan menjadi memori untuk kami sekeluarga. Sebab kalau tak print gambar-gambar ni mesti terperap jelah kat dalam komputer atau memory card gambar-gambar tu.

Tapi sekarang zaman dah berubah. Dulu-dulu print gambar pastu masuk dalam Allbum, lepas tu beralih dalam bentuk digital. Simpan gambar masuk CD, sekarang ada cara mudah iaitu simpan memori di dalam photobook. Kualitinya memang puas hati. Kalau ada lagi offer voucher photobook aku mesti beli lagi..

Baru-baru aku beli voucher ni. Beli tapi tak bayar apa-apa pun... Sebabnya harga RM 0 kalau tak guna pun tak membazir sebab tak keluarkan duit pun. Tapi kalau nak redeem hanya bayar kos pos RM 8 (ni memang standard harga). Sesiapa nak beli boleh je terus klik pada gambar bawah tu ye.. Cepat sebelum terlepas.


Monday, May 19, 2014

Kekejaman Berlaku


Nak tahu kenapa tajuk entri macam tu? Sebabnya suamiku telah hantar gambar ni melalu whatsapps.. Waa... nak nangis tengok. Memang teringin nak merasa pulut mangga, apakan daya tak pernah ketemu didepan mata. Nak kirimkan pun tak boleh sebabnya suamiku outstation...

Yang menambahkan jealous aku adalah mangga ni adalah magga harum manis. Memang haruslah aku jealous. Aku kirim belikan mangga harum manis jelah gamaknya. Harap-harap buah-buah tu tak busuk bila sampai ke tangan.

Mana nak cari Pulut Mangga kat area sini ek?


Delizio Pizza sedap dari Pizza Hut?

Baca tajuk bunyi macam nak menjatuhkan Pizza Hut pulak ye tak? Itu bukan tujuan sebenar aku untuk membuat entri ni. Ni sambungan cerita Cuti-Cuti aku ke Johor hari tu. Pilihan makanan pertama kami bila sampai di Johor ni adalah di Delizio Pizza. Ini pertama kali aku merasa menu keluarannya disebabkan outletnya hanya berada di Johor Bahru.

Macam biasa bila masa nak order, hero cilik aku akan baca buku menu dulu sebelum sempat ummi dan ayah dia buat pilihan menu. Dah puas masing-masing baca menu tu dan buat pilihan masing-masing, barulah diberikan menu tu pada kami. Itu dah jadi kebiasaan, tukang ambik order pun memang kena banyak-banyak bersabar sebelum kami order makanan ye.. 


Anak-anak kat mana-mana Milo Ais memang menjadi pilihan.


Kali ni kami mencuba menu Large Combo (7016).


Biasanya anak-anak suka makan chicken wing, tapi hari ni jual mahal pulak tak nak makan. Apa lagi Ummi ngan Ayahnya yang selesaikan Chicken Wing ni. Rasa memans sangat sedap dan ayamnya terasa segar. Mengikut kata pemilik Delizio Pizza, semua menu disini dibuat sendiri dan mereka mempunyai kilang pemprosesan sendiri. Jadi tak perlu nak ragui sumber-sumbernya ...

Chicken Wing Madu

Kepala Sotong Goreng Tepung

Pizza Beef
Nak dijadikan cerita masa dapat menu, anak-anak order pizza yang ada sosej slice kat atasnya. Tapi aku tak order sebab anak-anak aku memang bukan suka pun makan pizza. Tapi bila menu yang kami order sampai terus tarik muncung panjang. Jadi terpaksalah order juga Pizza Sosej tu tapi ambil saiz kecik jer untuk mengelakkan pembaziran sebab perut aku dan suami dah penuh melangsaikan Pizza mula-mula tadi.

Pizza Sosej
Terperanjat juga aku tengok anak-anak menikmati pizza kat sini sebab sebelum ni aku bawak makan kat Pizza Hut takde pulak diorang ni heran nak makan Pizza yang kami order. Takpelah anak-anak yang penting korang makan.

Banyaknya cheese
Tengok Zulqarnain makan menyelerakan betul

Suamiku pun puji.. SEDAPPP..

Giliran aku pulak. Tapi terOVER pulak bukak mulut.. :)
Sempat kami bergambar dengan pemiliknya. Sebenarnya Delizio Pizza bermula di tapak pasar tani. Tak silapnya sekarang hampir 10 pasar tani di kawasan sekitar boleh diperolehi pizza ni. Jangan tak tahu juga bahawa mereka juga membuar servis penghantaran. Kebiasaannya cikgu-cikgu sekolah dan pejabat-pejabat swasta dan kerajaan yang membuat pesanan dan menggunakan servis penghantaran.

Sempat bergambar dengan pemiliknya Pn Faizah (ditengah-tengah) dan mak aku.


Tapi memang rasa nak order bawak balik jer sebab rasa tak puas makan Pizza ni, apakan daya kat hotel takde peti ais dan microwave. Kuburkan jelah niat tu kan. Bagi yang rasa nak terjah Delizio Pizza ni boleh cari je kat sini

Delizio Pizza
Block 03, G-04 Danga Bay,
Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru (berhampiran Tune Hotel)

Waktu Operasi : 11 pagi - 11 malam
Tel : 019-743 9559 

Friday, May 16, 2014

Happy Teachers Day


Salah satu ucapan Hari Guru yang saya suka. Selamat Hari Guru diucapkan kepada :-
Wan Winah (ibu mertua)
Mamat bin Junoh (bapa mertua)
Nur Atiqah Mamat (adik ipar)

Tidak dilupakan juga kepada guru-guru saya di :-
Tadika Kemas Kuang
Sek Ren Keb Kuang
Sek Men Bukit Gading
Sek Teknik Tuanku Jaafar
Matrikulasi Perakaunan UKM-KPYP
Universiti Kebangsaan Malaysia
Guru-guru bisnes saya.

Terima kasih atas pengorbanan yang diberikan sepanjang mendidikku dari kecil. Ucapan ini juga ditujukan kepada ibunda tercinta yang berjaya mendidik anakmu ini sehingga mencapai tahap sekarang.

TERIMA KASIH SEMUA !!!

Thursday, May 15, 2014

Cuti-Cuti : Day 1


Bermula percutian kami ke Johor selama 3 hari 2 malam. Bertolak seawal 9.30 pagi dari rumah melalui Lebuhraya Utara Selatan. Macam biasa anak-anak kalau pergi bercuti sangat excited. Aku lagilah seronok bila anak- anak seronok. Bukannya apa dah lama sangat kami tak bercuti jauh-jauh dan ini merupakan percutian pertama kami sekeluarga ke Johor.Sampai di hotel dalam jam 1.30ptg kira early check in tapi tak kena bayar lebih pun. Mungkin ada bilik kosong, jadi dia bagi jer kami check in awal. Kalau nak tahu harga hotel ni boleh check di entri sebelum ni.


Kaunter pendaftaran
Ruang menunggu
Tak sempat ambil gambar sebelum dipunggah oleh 3 heroku
Lepas selesai turunkan semua beg pakaian dan solat, bersiap untuk pergi makan tengahari di Delizio Pizza. Hari ni lambat sikit makan tengahari sebab kami dah alas perut dgn makanan yang dibeli di Hentian Pagoh. Kami berhenti di situ bukan nak pergi makan tapi sebab Zulqarnain nak melepaskan hajat.

Sempat membeli pelbagai makanan. Anak- anak sudah tentu aiskrim menjadi pilihan. Maklumlah dengan cuaca panas memang sedaplah dapat aiskrim.
Aiskrim Daily Fresh (boleh tahan juga harganya)
Buah potong memang wajib beli
Antara buah-buah segar yang dijual
Kami tak beli buah-buahan segar sebab takut busuk. Insyaallah perjalanan balik nanti kami beli. Selain dari tu ada juga beli pau. Itu yang boleh tahan untuk makan tengahari lambat.

Hadiah sempena Hari Guru

Bila anak-anak dah mula bersekolah, sudah tentu akan diadakan sambutan Hari Guru. Bagi anak-anak aku ini kali pertama menyambut Hari Guru sebab sebelum ni di Tadika tidak diadakan sambutan hari guru. Tahun ni dua-dua anak aku Muhammad Zulqarnain dan Muhammad Zul Iqbaal menyambut sambutan Hari Guru.

Teringat dulu-dulu sambutan hari Guru masa zaman aku, hanya belikan bunga ros plastik je. Itupun beli di koperasi sekolah rasanya. Takdelah menyusahkan mak aku nak mencarikan hadiah. Cuma menyusahkan sebab nak suruh berikan duit untuk aku belikan hadiah tu je.

Tahun ni aku belikan Fridge Magnet untuk anak-anak aku berikan pada cikgu-cikgu di sekolah. Setiap seorang aku belikan 6 Fridge Magnet tu. Nanti pandai-pandailah berikan pada cikgu sekolah diorang.


Kalau ada yang berminat bolehlah order dengan aku. Tapi sempena Hari Guru ni memang tak sempat siaplah sebab order tengah beratur panjang ni. Kalau sambutan Hari Guru tu lambat mungkin boleh kot..

Uols bagi apa sempena Hari Guru ni?


Wednesday, May 14, 2014

Beg Sekolah & Botol Air dari Dutch Lady


Baru-baru ni aku ada redeem 3 buah beg dan 3 biji botol air sempena Peraduan Milkaton 2014 yang dianjurkan oleh Dutch Lady. Kebetulan anak-anak memang suka minum air kotak Dutch Lady, jadi aku memang simpan barkod kotak-kotak susu. Sebabnya Dutch Lady memang selalu sangat buat peraduan berupa sebegini.

Aku takdelah target nak menang RM 10,000 tu. Dapat redeem barang-barang pun dah kira baguskan. Terutamanya botol-botol air tu. Memandangkan anak aku Muhammad Zulqarnain ni menjadi juara hilang botol air, adalah sangat perlu untuk aku redeem botol-botol air ni. Bukannya apa, semenjak dia bersekolah ni aku rasa nak dekat 10 botol air dah hilang. Yang terbaru ni penutup botol hilang, dia bawak balik badan botol tu jer. Ayah dia siap pesan suruh cari penutup botol tu balik kalau tak kena potong duit belanja sekolah.. Hehehehe..

Botol Air

Beg sandang
Kali ni aku redeem 3 beg dan 3 botol air. Maklumlah anak ada 3 orang, kiranya untuk satu sorang. Rasa rugi pulak tak redeem botol air banyak-banyak sebab botol air dia cantik tapi kemungkinan cepat pecah adalah sangat tinggi, tapi tarikh penebusan dah tamat. Ada peraduan baru dari Dutch Lady, Peraduan Discover The Magic of Milk bermula 1 Mei 2014 - 30 Jun 2014. Antara barang yang boleh redeem adalah kotak pensel, botol air dan bekas makanan daripada Disney.


Sunday, May 11, 2014

Johor kami datang


Pertama kali menjejakkan kaki ke Johor untuk bercuti. Sebelum ni pernah pergi le UTM Segamat masa ikuti latihanPALAPES masa zaman universiti dolu-dolu...

Ini pula perjalanan kami sekeluarga ke Johor disamping tu nak melawat rakan-rakan lama yang dah lama sangat tak jumpa..

Moga dipermudahkan perjalanan kami dan selamat sampai ke destinasi.

Saturday, May 10, 2014

Menyambut Hari Ibu versi kami

Malam tadi sempat meraikan hari ibu bersama mak aku dan kakak aku yang juga seorang ibu. Macam biasa sambutan mestilah dengan makan-makan. Baru aku perasan yang semua sambutan yang kami sambut diraikan dengan makan-makan.. Huhu.. pasal tulah badan kami sekeluarga jadi macam ni.. (alasan).

Layankan jelah gambar kami semasa sesi maka-makan ni. Kami makan steamboat D'Manggis yang sangat glamour dikalangan penduduk di luar dari kawasan ni. Kebanyakan orang luar yang datang makan kat sini.


 Masa ni tak ramai orang lagi. Parking pun senang je. Mungkin sebab hujan lebat tu yang banyak meja kosong. Aku lagi suka kalau tak ramai orang sebab takdelah nak berebut-rebut ambik makanan. Favourite anak-anak aku kalau datang sini adalah makan Maggi.. benda lain tak heran pun... Tapi untuk Zulqarnain dan Zulfiqar favourite dia sudah tentu udang.



Meriah meja kami


Keluarga Kakak aku
 Hajat nak ambik gambar bertiga sempena hari Ibu, tapi ini jelah gambar yang berjaya kami ambik. Pakai pulak camera yang tak berapa canggih, ini jelah yang jadi. Yang penting memori bersama tu lebih penting.



Ni pulak nak ambik gambar semua. Tapi tengoklah anak-anak buat aksi freestyle.. tak dapat nak nolong. Dahlah berposing dekat depan pintu masuk, kesian orang nak masuk tak boleh dek tunggu kami berposing.



Semoga kami kekal bahagia dan diberikan kesihatan berpanjangan..

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...