Friday, May 9, 2014

Pertukaran Kelas

Anak aku baru darjah 1. Semalam dapat memo berkenaan pertukaran kelas. Bagi aku agak leceh sebab nak kena ada jadual waktu baru dan kena adapt dengan rakan-rakan baru (untuk anak akulah).

Hari ni aku pergi menghantar anakku masuk ke kelas barunya. Nak jumpa guru kelas dia dan tanya berkenaan dengan jadual waktu. Kesian pulak nanti kalau ikut jadual waktu kelas lama nanti orang belajar lain, lain pulak buku yang dibawa.

Sempat juga aku berjumpa dengan guru kelas baru (Puan Salwani) dia dan minta nombor telefon. Bukannya apa senang untuk komunikasi sekiranya ada perkara penting seperti tak dapat hadir kelas dan tak hadir ujian pentaksiran. Aku cuba tanya Puan Salwani berapa kali setahun pertukaran kelas akan berlaku? Dia kata akan ada sekali lagi.. Aduh... kesian kepada anak-anak yang terpaksa ditukarkan kelas.

Pertukaran kelas ni katanya untuk memberikan tumpuan kepada pelajar yang lemah. Jadi kelas yang lemah akan kerap diberikan latihan untuk peningkatan. Dulu anak aku berada di kelas 1 Usaha, kini ditukarkan kepada kelas 1 Rajin. Nampaknya aku sebagai ibu kenalah bertambah rajin membantu Zulqarnain belajar bersungguh-sungguh. Menurut Puan Salwani lagi, kadang-kadang pelajar pandai BM dan Matematik tapi lemah dalam BI atau sebaliknya.

Ada tak blogger kat sini menghadapi apa yang aku hadapi sekarang?

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...