Friday, May 2, 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL kami terjah

Perancangannya aku dan suami nak pergi berdua je ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, apakan daya kami hanya merancang tetapi Tuhan lebih mengetahui segala-galanya.Kami terpaksa pergi berempat iaitu dengan Muhammad Zul Iqbaal dan Muhammad Zulfiqar. Kedua-duanya demam tapi ada masa ok dan ada masa tak ok. Untuk mengelakkan hati tak keruan bila mencari buku, kami buat keputusan untuk bawak sekali anak-anak ke Pesta Buku. Lagipun pergi hari kerja, jadi takdelah sepadat kalau pergi ketika hujung minggu.


Aku dan suami memang mengambil cuti semata-mata nak pergi memborong buku-buku di sini. Nak kata aku ni rajin membaca takdelah sangat, tapi suamiku memang jenis suka pada buku-buku ni. Kalau ikutkan dah boleh buka satu perpustakaan kat dalam rumah tu.

Target aku hanyalah nak cari buku-buku kerja untuk anak-anak dan juga beberapa buah buku panduan untuk aku sebagai ibubapa dalam mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Aku ni memang suka fikirkan pasal anak-anak sekarang ni dan sejak anak dah mula masuk sekolah ni memang menjadi tanggungjawab pada aku pulak untuk mengajar anak-anak di rumah. Terutamanya subjek kegemaran aku iaitu subjek Matematik.

Jom layan buku-buku yang kami dah borong masa ke Pesta Buku hari tu. Kami pergi hari Selasa 28hb April 2014.


Ni hasil tangkapan suamiku. Ini hanya buku-buku keluaran PTS. Dapat diskaun sehingga 25% mestilah syok sebab dapat beli lebih banyak buku.


Ni pulak bahagian aku. Takdelah banyak macam suamiku tapi harganya pun dah hampir dengan harga buku-buku suamiku.


Ni semua buku-buku yang kami beli. Yang sebelah kiri tu buku kerja untuk Muhammad Zulqarnain dan Muhammad Zul Iqbaal. 

Dalam perjalanan balik en suami kata tak puas membelek buku. Nak pergi sekali lagi katanya. Aku pun kata kalau nak pergi baik pergi sorang-sorang. Lagi puas membelek. Bila bawa anak- anak takut pulak anak hilang.

Insyaallah nanti aku sharekan tajuk-tajuk buku yang ada. Kalau ada berminat kami juga buka untuk sewaan pada harga yang minimum.


No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...