Thursday, May 8, 2014

Anak nak periksa, Ummi nak g holiday

Al kisahnya mengenai percutian yang aku dah rancang untuk kami sekeluarga iaitu ke Legoland minggu ni. Malam tadi tiba-tiba anakku Muhammad Zulqarnain bagi sekeping kertas. Masa tu dah berdebar-debar dah, rupa-rupanya jadual peperiksaan pertengahan tahun.


Tarikhnya adalah pada 12, 14 dan 15 Mei 2014. Waaaa.... nak nangis rasanya sebab aku baru je beli tiket legoland siang tadi. Harganya RM 460 pulak tu. Kalau RM 100 boleh ampun lagi. Nampaknya hari ni aku kena telefon pihak sekolah nak minta penangguhan untuk anak aku. Kalau tak dapat, jawapannya aku kena redho je dengan tiket yang aku dah beli tu. Hotel yang aku booking boleh je kalau nak cancel. Paling lewat hari ni kalau nak cancel pun..

Doakan aku dipermudahkan urusan. Tak tahu nak bagi alasan apa pada pihak sekolah.. Takkan nak cakap nak pergi bercuti kot.. Huhu...

1 comment:

  1. alahai ida, harap2 boleh consider lah sebab dh beli tiket tu, seronoknya da

    ReplyDelete

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...