Seperti biasa kalau nak bercuti ni memang tugas aku untuk mencari segala benda yang perlu sepanjang percutian. Untuk percutian kali ni aku pilih ke Legoland. Memang aku teringin sangat nak bawak anak-anak ke Legoland sebab aku nak juga merasai keseronokan di Legoland.
Antara benda penting yang aku ambik kira adalah penginapan kami di sana dan juga tiket masuk ke Legoland. Kami ni kalau boleh cari yang harga berpatutan dan juga selesa. Lagipun aku akan bawa mak aku, jadi kalau pilih hotel mestilah yang selesa dan mudah untuk mak aku. Setelah aku buat carian di internet, akhirnya aku berjumpa dengan Here Hotel. Nama hotel macam pelik tapi yang penting dari gambar aku nampak hotel tu menepati ciri-ciri yang aku nak. Selesa, bersih dan harga yang berpatutan. Hotel ni 2 tingkat je, jadi lif masih dalam proses disiapkan, jadi aku request bilik tingkat bawah (junior suite) je bagi memudahkan untuk mak aku. Tak perlu nak naik tangga.. Tapi aku berkenan bilik Deluxe Suite tapi itu hanya ada di tingkat 2 jadi lupakan saja.
Deluxe Suite |
Junior Suite |
Tapi kalau nak dapatkan harga budget jangan booking direct dengan hotel ye.. samada booking di Booking.com atau Agoda. Harganya jauh lagi murah. Beza RM 20 satu malam. Kalau 2 malam dah jimat RM 40. Harga selepas semua cukai adalah RM 138 satu malam kalau booking guna kedua-dua website yang aku berikan tu.
Sekarang nak cari pulak tiket legoland pada harga yang berpatutan. Kalau dah dapat nanti aku akan buat entri satu lagi berkenaan harga tiket ke sana. Moga-moga budget yang kami tetapkan mencukupi..
No comments:
Post a Comment